Rabu, 31 Mac 2010
Dicatat oleh sautul qalbiah.. di Rabu, Mac 31, 2010 0 ulasan
Rabu, 3 Mac 2010
**selesai sudah MDA ( Malam Darul Aman)2010~~
Bismillah....
Alhamdulillah pada 2/3/2010, bangi di DECTAR.. satu kumpulan yang diberi nama Sutera Putih telah di jemput atau dipilih untuk memeriahkan lagi majlis makan Malam yang di anjurkan oleh Persatuan Kebajikan anak Kedah. Tugas kami ialah sebagai Ajk cenderamata bahagian pentas,, emm Kami diketuai oleh Noorhazwani bt Othman sebagai orang utama kami yang memberikan taklimat dan flow untuk kami menjalankan tugas seperti yang diarahkan,,pada mulanya perasaan terasa berdebar juga maklumlah,, dewan Dectar besar tu,, pas tu,,, Dato' Mukhriz bin tun Dr. Mahathir plak datang,,, kami melaksanakan tugas mengikut giliran masing-masing... sy kene keluar pentas time persembahan GIMIK perasmian,,, emm g tu la,,, ni kira pengalaman juga,, disini ku lampirkan pic sebagai kenangan... nasib time tu da bawak camera..
**sempat ambik gambar time ni tunggu giliran keluar serahkan hamper untuk cabutan no meja bertuah**
"time ni orang ramai sedang menikmati diner... kami sempat posing lagi,, huruf D tu adalah gimik yang akan dibuat"
**emm time ni camera duk kat tangan kawan ape2 je la yang di ambiknya,, kami tengah menunggu arahan Mc..**
"duk tunggu2 sempat lg posing blakang pentas ambik je la,, selagi ada masa ada ruang hehehe"
"tak cukup kerusi begini lah jadinye,, ayu je,,"
"antara yang sempat ambik,, duk dengar persembahan dari kumpulan nasyid Fareast"
"ni pulak,,,, alunan simponi dari gendang ape tak tau la,, tapi best gak bunyinya,,
~~kami tak dapat hadiah hampernye pun tak pe,, asalkan dapat bergambar,, heheheh =)~~
###inilah orangnye,,, ketua post kami tuk Cenderamata dan hadiah,,## seorang yang bermotivasi tinggi...sentiasa memberikan semangat kapada kami,,, baik punya,,,
^^^setelah kami menyantap... ada gak,, peminat nak ambik gambar,,, =)^^^ ni nak balik dah ni,,,
kenangan lah katakan..
"alhamdulillah berakhirlah sudah MDA 2010"
sekarang ku sibuk untuk persediaan MAG (Malam Anugerah Graduan) bagi pelajar fakulti pendidikan tahun 4 sesi 2009-2010
tak silap tarikhnya,, 21/3/2010
sebagai AJK cenderamata gak,, emm harap ape yang di laksanakan seperti makan mlm MDA ni dapat dijadikan panduan untuk melaksanakan tanggungjawab ke seterusnya..
"wallahualam"
Dicatat oleh sautul qalbiah.. di Rabu, Mac 03, 2010 0 ulasan
Label: Diriku
Sabtu, 27 Februari 2010
**~~Pengalaman dan Ibrahnya~~**
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,,
Selawat dan salam nabi junjungan kita nabi muhammad s.a.w, para ahlul bait, para salafus soleh, para sahabat, para tabie; tabie-tabien serta para pembaca yang sy hormati sekalian,, alahamdulillah dikurniakan nikmat, iman, ihsan dan kesihatan untuk kita sama-sama meneruskan tugas kita sebagai khalifah di bumi serta tanggungjawab-tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar atau manusia yang beriman kepada Allah. insya Allah,,
Untuk entri kali ini, hati ini berminat nak berkongsi apa aktivtii yang telah dilakukan sepanjang hari ini,,, sebelum itu semalam saya telah menghadiri Liqo bersama ahkawat UKM dan UM di Rumah Kajang.. kami telah mengadakan sebuah program bersemperna Maulidur Rasul 12 Jamadil Awal 1431H... yang bernama Malam Merindu Kekasih Ilahi... alhamdulillah berjalan dengan baiknya,, aktiviti ini diisi dengan sesi, berkenalan,dan seterusnya kami berselawat ke atas Nabi,, dan seterusnya di adakan aktiviti dengan membahagikan kumpulan, setiap kumpulan ada sebuah laptop,, kami diberikan tanyangan berkaitan dengan Sejarah Perkembangan sirah Nabi sehingga Kewafatannya berserta sedikit bingkisan daripada Ustazah Norbahyah,,,, wah,, begitu sebak hati ini,, tujuan program di adakan ialah ila mardhotillah, membangkitkan semangat untuk mengingati perjuangan Rasulullah.
Selepas itu kami diberikan task untuk membuat persembahan atau menciptakan situasi yang mana dia sangat memahami dan membangkitkan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w kami terbahagi kepada 5 kumpulan,,,, setelah mendapat task yang di berikan,, 10 minit diberikan masa untuk berbincang bagaimana cara persembahan yang akan diberikan,, oleh kerana bahan yang diberikan oleh kumpulan kami iaitu kumpulan ke 5 ialah sebuah essay tentang riwayat hidup rasulullah,, kami mengambil keputusan untuk membacakan cerita diiringi lagu dari kumpulan raihan dan kedua kumpulan in team bertajuk Rasulullah dan pemergianmu,, alhamdulillah persembahan kami paling terkesan sekali walaupun,, setiap group mencipta pelbagai situasi samada bersajak , bernasyid dan sebagainya tetapi bukan itu yang dinilai tetapi sejauhmana kita memahami perjuangan hidup Rasulullah, atau keperdulian kita sebagai Ummat nabi Muhammad sedangkan sebelum baginda Rasulullah meninggal masih terungkap dibibirnya Ummati, Ummati, Ummati,,,Umatku3x menunjukkan baginda sangat sayangkan umatnya lebih daripada dirinya,,, adakah kita menyedarinya,, Subhanallah,,, ingattilah perjuangan Rasulullah,, dala memperjuangkan Islam,, tanye pada diri kita ???ape lah tanggingjawab kita,,, adakah kita meneruskan tanggungjawab kita sebagi umat dan sebagai hamba Allah,,, Allah s.w.t telah berfirman,, dalam surah al-Ankabut (29:2) Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan." kami telah beriman," dan mereka tidak diuji... cuba kita tanye diri kita adakah kita telah mengenal Allah??? bagaimana terjawabkah kita.. di situ lah nilai iman kita,, adakah semua yang terdapat dalam rukun iman itu ada dalam diri kita .. ya Allah permudahkanlah,, sedarkanlah hambamu ini dari kelalaian dan kurniakanlah makrifahmu dan ampunilah dosa hambamu ini,,, Ya Rahman Ya Rahim,,
Hari ini,, setelah pulang dari program semalam,, ana meneruskan aktiviti dengan memasuki KURSUS TARANNUM AL-QURAN SIRI PERTAMA.. mungkin tahun ini baru dilaksanakan dengan baiknya di UKM.. sebelum ini saya ada menghadiri seminar tarannum al-Quran yang diadakan di masjid UKM,, alhmdulillah,, saya cuba mengambil peluang yang ada ini untuk mendalami dengan lebih baik lagi tentang ilmu Tarannum ini,, sebelum ini,,, sem lepas saya telah mengambil kursus ini untuk wajib mijor saya.. maklumlah saya ni program pendidikan al-Quran,, jadi alhamdulillah,, semuanya bukan mudah untuk bertarannum tetapi itulah yang dinamakan usaha, dan latihan mampu menilai kemahiran diri masing-masing,, baiklah hari ini dalam bersejarah kursus ini bermula dan di anjurkan oleh Jabatan Pengajian Al-quran Al-Sunnah yang dipantau oleh Ustaz Wan Hilmi Wan Abdullah. tenaga pengajar yang mengajar kursus ini ialah Al-Ustaz HJ Abdul Rahim Ahmad.. (Karyawan Tamu Bidang Tarannum, beliau juga pernah mendapat Johan Antarabangsa, serta menyandang tugas sebagi Hakim Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. kursus ini dijalankan satu kali sebulan setiap penghujung bulan selama 4 jam sehari dari jam (10a.m-2p.m ) dan 8 kali belajar mengikuti kursus.. pengalaman mengikuti kursus hari ini ustaz lebih kepada pengenalan ilmu suara itu sendiri, peserta yang mengikuti kusus ini adalah umum bukan tertumpu kepada pelajar UKM malah pelajar luar UKM tanpa mengira usia dan akademik.. yang penting mempunyai keinginan dan minat,,:) mudah-mudahan kursus ini dapat berjalan dengan baiknya,,teringat kata-kata ustaz,, kita belajar tarannum bukan untuk mengikuti Musabaqah al-Quran sahaja tetapi kita belajar untuk memperbaiki dan membaikkan suara kita,, dalam bacaan al-Quran,, sesungguhnya kita ini adalah ahlul Quran..
Teringat diri ini pernah bercita-cita untuk ke Darul Quran,, tetapi selepas Spm saya tak terfikir pun maklumlah tak da pengenalan dan tidak mengetahui kewujudanya,, saya cuba untuk mengisi borang slps Exam STAM,, saje cuba2 hantar dapatlah temuduga dan ujian,, tetapi bukan rezeki untuk kesana rupanya,, dalam masa yang sama saya juga mengisi borang untuk permohonan ke Universiti.. antara yang 8 yang saya pilih pilihan pertama saya ialah Pendidikan al-Quran.,, alhamdulillah selesai sesi MEDSI dan Interview keputusanya saya diterima ke UKM rupanya,, inilah rezeki dan takdir Allah tentukan untuk saya.. Subhanallah,, saya bertekad tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan,, pada waktu itu,, sebak dan air mata saya mengalir kegembiraan dan kesyukuran,,selagi nyawa masih diberikan,, ingatlah hidup kita menuju ilahi,, kuatkan semangatmu aisyah...
Selepas tamat sesi kursus dalam pukul 2 begitu la,, saya dan sahabat saya farah,,meneruskan tanggungjawab sebagi hambaNYA ,,ke surau untuk melaksanakn solat Zohor,, selepas berjamaah kami berpisah kerana ada urusan yang saya ingin laksanakan berkaitan dengan cenderamata dan hadiah untuk Malam Anugerah Graduan untuk pelajar tahun empat fakulti pendidikan,, kali ini kali ke 3 ana memegang jawatan dalam MAG ini.. tidak mengapalah ana cuba melaksanakan amanah sebaik yang mungkin,,pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.. hanya orang itu yang merasai kemanisan dan kepahitan setiap yang dilalui,, bukan mudah sesuatu program yang akan dilaksanakan,,,mestilah mempunyai gerak kerja yang baik dan teratur dan efektif,, baiklah petang itu saya bersama sahabat ajk saya iaitu azzarah berjumpa dengan seorang kakak, dia bekas pelajar Ukm juga,, tujuanya untuk melihat katalog dan sampel kek yang dijual,, manalah tau kami berminat untuk membuat tempahan,, kebetulan di kolej Aminuddin Baki,, ada melaksanakan pesta kolej,, jadi mereka mengambil peluang membuka both mereka di sana.
Baiklah,, setelah settle semua itu,, ambil keputusan untuk pulang ke kolej ku,, dimana ya,, Ungku Omar ,, hehehe,, untuk berehat,, maklumlah,, diri ini sudah seminggu tidak sihat,, tetapi ku mengagahkan diriku dan bersemangat untuk melaksanakan amanah selagi termampu,,
Malamnya pula,, eh tiba2 mendapat paggilan dari sahabatku cikgu sains,, katanya aisyah leh datang tak ada meeting untuk menjadi AJK untuk cenderamata dan hadiah,, eh,, rupa-rupanya jadi ingatkan tak jadi nak ambik saya.. emm tak da orang lain lah,, kami berlima Sutera Putih gak lah,, hehhe.. tetapi ,, insya Allah cuba laksanakan yang terbaik,,, untuk majlis Makan malam anak Kedah..Malam Darul Aman.. walaupun saya ini anak Kelantan,, tidak bermakna saya tidak mengikuti program yang dilaksanakan,, ada kelapangan saya ikuti,,semoga program yang akan dilaksanakan 2.10.2010 hari selasa ini berjalan dengan baiknya,, amien.. ok lah,, setakat ini dulu coretanku..beginilah kehidupan sepanjang di UKM sebagai seorang pelajar,,,ok wassalam,,
Dicatat oleh sautul qalbiah.. di Sabtu, Februari 27, 2010 0 ulasan
Label: Diriku
Khamis, 25 Februari 2010
~~Rasulullah Murabbi Terhebat di Dunia dan Akhirat~~
Dicatat oleh sautul qalbiah.. di Khamis, Februari 25, 2010 0 ulasan
Label: Bulan islam
Khamis, 21 Januari 2010
Mari bertarannum,,,,,,masuk percuma,,,
Dicatat oleh sautul qalbiah.. di Khamis, Januari 21, 2010 0 ulasan
Label: Majlis I lmu
Rabu, 20 Januari 2010
Jom Baca Buku~~~
Bismillahhirrahmanirrahim,,,,,,,,,,
Assalamualaikum.....
emm,,, baru je balik dari Perpustakaan. PTSL... cari tajuk dan kitab untuk assingment Hadith Hukum..
tengok blog teringat plak dekat meja saya ni ada 4 buah buku baru yang baru dibeli.. dengan Ustaz Arif bin Nazri,, beliau ialah pensyarah untuk madah Kuliah Kajian Teks Tafsir dan Hadith saya,,, dan juga ustaz untuk tutorial madah ini... Kuliahnya sangat bagus,,, walaupun kami hanya belajar beberapa bait matan hadith atau ayat tafsir dalam buku atau kitab yang dibuat salinan untuk madah kami,, setiap apa yang keluar dari percakapannya pasti sangat bermanfaat,,, kadang sangat berilmu dan banyak benda baru yang kami semua dapat,,, kadang-kadang tertungu-tunggu menanti hari kuliah yang dinantikan,, he5.. beliau menghabiskan pelajarnnya di UIAM.. sebelum menjadi pensyarah di UKM,, emm tu jela,, sedikit sebanyak yang diketahui tentang ustaz,,
Untuk tutorial pertama kami,, ustaz telah memberikan kami apakah assaingment yang perlu dibuat oleh kami satu kelas,, terdapat 3 pilihan,,, tapi tak berapa nak ingat sebab assingment berbentuk mengkaji kitab juga tapi kaedah nye berbeza sedikit ,,assingment perlu dibuat secara berkumpulan dan kami membahagikan kepada 5 orang satu kumpulan memandangkan jumlah kami semua untuk kelas tutoril ustaz seramai 30 orang,,
emmm tak pernah pun ada jumlah yang ramai dalam bilik tutorial kalau untu kami pelajar Fakulti Pendidikan paling ramai 15 camtu la,, emm ,,, di Fakulti Pengajian Islam,, merasa la kami jumlah yang seramai itu,, sebab tu la,, saya dan kawan2 saya ke UIAM sebab ustaz suruh kami mencari dan mengkaji seberapa banyak jenis kitab-kitab Tafsir di sana... supaya kami kenal dan mengetahui sedikir sebanyak bentuk kitab, nama kitab serta huraian isi dan penulisnya.
Untuk tutorial ke dua pula,, tiba-tiba kami melihat ustaz dan seorang pelajar muslimin masuk memebawa bungkusan dan dia terus keluar,, seperti biasa memulakan dgn al-fatihah... dan bertanyar khabar kami semua,,pastu ustaz memulakan pengajarannya,, pada mulanya,, kami tak tau apa yang ustaz nak ajar kami,,maklumlah,, kami datang macam bawa telinga dan diri masing-masing,,, he5 eh,, tak lah,, ustaz pun bagi cadangan dan menyentuh bab berkaitan dengan doa dan adap berdoa serta waktu yang mustajab diterima doa kita,,, emm .. saya sempat merakam rakaman ustaz menggunakan hp saya,, bukan senang nak suh ustaz cerita pasal benda -benda cam ni,, skali hurai keluar semua hadith dan dalil.. Selepas itu,, ustaz memperkenalkan sebuah buku yang sarat dengan doa dan zikir dan yang soheh untuk diamalkan, Bukunya sangat bermutu tinggi,,, bayak doa-doa yang kita amalkan selama ini kita tidak mengambil peduli dari mana kesohehannya atau kedoifannya,, ustaz meng habiskan time tutorial kami dgn menyentuh isi-isi doa yang perlu diamalkan dan dihafaz semoga kita semua menjadi guru yang berilmu,,..dan ustaz suka sangat jika kami melontarkan persoalan dan ustaz akan menjawabnya yang semampu yang mungkin. Buku ini kami jadikan seperti al-Quran dan boleh dibawa kemana sahaja keran saiznya kecil dan sederhana besar..
Untuk kuliah ketiga pula,, macam biasa,, mesti tak tau ape nak belajar... ustaz mencadangkan kepada kami untuk setiap kali tutorial kita akan mempelajari kitab Riadhus Solehin...insya Allah,, ustaz banyak mencadangkan Kitab-Kitab yang boleh dijadikan sumber rujukan dan kitab yang boleh perlu dimiliki oleh setiap pelajarnya,, teringat ustaz pernah cerita dan siap tunjuk lagi gambar di hp nye keadaan rumahnya yang dipenuhi dgn buku di ruang khas yang disediakan untuk bilik membaca mungkin,, sekali tengok macam perpustakaan pun ada,,, heheh, ustaz kata tak rugi beli kitab atau buku,, satu masa nanti pasti kamu akan membacanya percayalah,, mulai dari itu,, kami semua mula meminati untuk memiliki buku-buku yang bermutu untuk dibaca dan dibuat rujukan,, ustaz siap kata lagi ada sebuah buku itu namanya Keperibadian Seorang Muslimah atau sebuah buku lagi Keperibadian Seorang Muslim,, buku tu tak ada lagi dalam simpanan saya hari tu tak sempat nak ambil maklumlah,, ustaz bawak beberapa buah je,, kami ni ramai,, ustaz kata buku tu boleh dijadikan antara barangan hantaran perkahwinan,, betul juga kata ustaz,, bestnya kalau dapat buku maklumlah lain dari yang lain,, antara yang sempat saya beli dengan ustaz ialah... # beberapa buah buku je... tapi menarik juga isi nye,, masih dalam proses pembacaan.. maklumlah baru beli semalam,,,
Inilah kitabnya,,, menarik tak,,, buku terbitanya Jahabersa sangat menarik isi dikupas dengan baik dan siap ada nota kaki dan sumber rujukan macam buat assingment la pula,, tapi walaubagaiman pun,,,ucapan tahniah untuk penulis yang berusaha menyusun dan menerbitkannya, semoga Allah membalas jasanya,, Untuk buku Keperibadian Muslimah menurut al-Quran dan Sunnah serta kitab Riadhus Solehin akan ustaz bawa untuk tutorial minggu depan, tak sabar nak memiliki buku dan kitab itu... Selamat membaca semua...:)
Dicatat oleh sautul qalbiah.. di Rabu, Januari 20, 2010 0 ulasan
Label: Duniaku buku
Isnin, 18 Januari 2010
"Cebisan Kenangan"
Bismillahhirrahmanirrahim,,,
Assalamualaikum,,
Alhamdulillah terasa nak kongsi pengalaman ke UIAM Gombak,,,
catatan perjalanan,,
kami memulakan perjalanan dari Kolej Ungku Omar pada pukul 7.00 a.m setelah siap sedia kami memulakan perjalan menuju ke stesen Komuter UKM dengan menaiki Bus Zon 6Z untuk menuju ke sana,
setelah sampai ke sana. Kami masing-masing mendapatkan tiket beharga RM 3.30 Komuter Menuju ke KL Central.. Alhamdulillah semasa berada dalam train kami semua berlima mendapat tempat duduk untuk menuju ke destinasi.
Keadaan Komuter tidaklah terlalu padat dan sesak,,, mungkin kerana masa perjalanan kami awal dalam pukul 8.00 dari komuter Ukm,, setelah sampai di KL Central,, kami mneruskan perjalanan dengan membeli tiket LRT menuju ke Gombak harga tiketnya Rm 2.40 setelah itu kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Gombak. sampai di sana kami mengambil Bus Rapid untuk menuju ke UIAM Gombak...emm firts time p sana...tambangnya sama macam UKM RM 1.00. sampai di sana kami berhenti di bus stop pertama berdepan dengan bangunan besar lambang kuasa pentadbiran UIAM,, pada mulanya pelbagai andaian dibuat oleh kami ,, maklumlah tak pernah sampai sana,, kami ingat adala,, fakulti lain bilik kuliah tempat lain atau jauh-jauh ke,, upenye,,, situlah tempatnya,, bangunan yang kami nampak kat sana semua proses pengajaran dan Ibadah serta perpustakaannya. cuma Kolej mereka je yang berjauhan, mereka menyebut perkataan marhallah(Kolej) ooo.. baru kami tau dan faham,, heheh.. lain U lain perancangan struktur dan kawasannya.

dalam beberapa minit kami menunggu salah seoarang kawan kami punyer kawan.. heheh3.. kami disuruh untuk menyeberangi jalan dan menaiki tangga utama bangunan yang kami namapak depan mata kami, kemudian kami meneruskaan perjalanan sehingga ternampak masjid di tengah dan kami tercari-cari di mana librarynya,,, kebetulan sebelum kawan imah sampai,, ana tereserempak dua oarang muslimat yang berjalan keluar dari tempat yang kami tidak ketahui pada awalnya,, ana bertanya,, di mana library.. dia menunjukkan arahnya,, kami meneruskan perjalanan,, kami berasa sangat hairan kenapa sungguh sunyi tempatnya.. maklumlah,, hari minggu Hari Ahad.. tak ramai orang..
setelah menunggu di muka pintu depan library,, sempat ambik pic sebagai kenangan,,itu pun dengan Hp.. tak ok sangat pic nye.. bolehla,,
selepas itu kami boleh meneruskan kerja kami dengan mula memasuki librarynya dengan menggunakan Kad UIAM kawan imah.. alahmdulillah leh masuk kami semua,,
Kemudian , memulakan kerja kamidengan mencari kitab-kitab Tafsir untuk membuat analisis,, seronok kat sana terdapat banyak kitab-kitab rujukan dari bahasa Arab dan terjemahannya,,
tak habis dan tak sempat nak tulis semua,, kami kesuntukan masa,, dalam pukul 3 kami keluar dan mula solat dan makan,,
emm,,, meneruskan perjalanan untuk pulang semula ke UKM.. dalam pukul 4.00pm cam tu la,,perjalanan kami seperti mana perjalanan mula kami datang setelah kami sampai di KL Central.. sebelum Pulang kami solat asar dan mula meronda-ronda sebelum meanaiki train Komuter Menuju ke UKM.. masya Allah jam menunjukkan pukul 6.30p.m.. kami mula bergerak untuk pulang,, wah ramai nye manusia,, menunggu train komuter,,, sabar je,, kami dapat menaiki train dalam pukul 7.20 p.m cam tu la,, dalam hati kami sempat tak sampai UKM untuk solat Magrib,, alhamdulillah dalam kul 7.55p.m cam tu la,, sampai dan kami mencari surau di kawsaan Train Komuter UKM untuk berhenti solat jap.. alhamdulillah,, terus pulang menaiki bas 6z ke UKM... perjalan yang memenatkan juga tetapi penuh makna,, kalu tidak disebabkan mencari Kitab Tafsir tak kan sampai kami berlima ke sana,,, emm,, mungkin kami akan cari kitab di U lain plak kalu diizinkan,,, insya Allah... yang terdekat USIM atau UM jauh gak,,, tapi tengok lah macam mana... wallahualam,,
Dicatat oleh sautul qalbiah.. di Isnin, Januari 18, 2010 0 ulasan
Label: Jalan cari ilmu
Langgan:
Catatan (Atom)














