Persediaan meyambut ramadhan….
1) Iman
Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
>Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
>Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
>Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
>Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
2) Ilmu
>Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu)
.>Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
>Membaca buku-buku penyucian jiwa.
>Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
>Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
3)Dakwah
>Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
>Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
>Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
>Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
>Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
4) Keluarga.
>persediaan dari segi aspek iman dan ilmu.
>membaca buku berkaitan Ramdhan bersama-sama.
5) Keazaman
>Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
>Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
>Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
>Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
>Sentiasa berlapang dada.
>Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
6)Jihad
>Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
>Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
>Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
>Menahan syahwat dari perkara yang haram.
>Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas
0 ulasan:
Catat Ulasan