BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Renungkanlah,,

Cari Blog Ini

Jumaat, 28 Ogos 2009

Bertandang ke KBH...


Assalamualaikum...
emmm sudah tahun 3.. baru nak manziarahi kawan di kolej burhan... eh,, tak pe la,, adik-adik junior...he5... arini macam-macam story berlaku... yang letihnya... nak ambik pendrive.. pinjam dengan kawan kat sini.. dah sampai bilik dia tak da lak.. SLikan soalan tu.. dah... adui.. demi nak mendapatkan soalan KPP sangup je la, redah.. ptg dtg lg bilik kawan.. dah dapat.. tp time balik lak tak cek tul2.. dah sampai bilik cek semula,,, tak da,,,adui ter paksa,,, plan untk p KBH semula,, alamdulillah.. dah dapat.. mlm ni .tapi tu ,, nak wat latihan tak leh la,, kene ada laptop sendiri.. sebab kawan nak guna.. Ya Allah permudahkanla,, ana membahagikan masa untk jwb soalan berkomputer ni... i.Allah.. lulus ya Allah..
Amin..

Sabtu, 22 Ogos 2009

Salam Ramadhan....


Assalamualaikum,,,,, marhaban, marhaban, marhaban ya Ramadhan,,, alhamdulillah ku diberi keizinana betemu dengan bulan Mubarak yang mulia ini,, malam sebelum menyambut Ramadhan pelbagai SMS dari sahabat ana yang tidak putus-putus memberikan ucapan yang pelbagai makna dan coretan yang semua nya tentang Ramadhan yang mulia ini. Syuran jazilan sahabat. Afwan ala kullihal,,, Ya Allah permudahkanlah hambamu ini menghidupkan bulan yang mulia ini dgn sabaik-baik amalan, agar ana tabah dalam menghadapai ujian dan mehnah yang tidak pernah lengkang dari hidup ini. Di sini ana ingin berkongsi antara persediaan dan aktiviti yang dapat dilakukan dl bulan Ramadhan.


Persediaan meyambut ramadhan….

1) Iman

Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

>Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.

>Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).

>Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

>Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

2) Ilmu

>Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu)

.>Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

>Membaca buku-buku penyucian jiwa.

>Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

>Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

3)Dakwah

>Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

>Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.

>Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.

>Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.

>Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.

4) Keluarga.

>persediaan dari segi aspek iman dan ilmu.

>membaca buku berkaitan Ramdhan bersama-sama.

5) Keazaman

>Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

>Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.

>Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.

>Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.

>Sentiasa berlapang dada.

>Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

6)Jihad

>Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.

>Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).

>Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.

>Menahan syahwat dari perkara yang haram.

>Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas