BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Renungkanlah,,

Cari Blog Ini

Khamis, 21 Januari 2010

Mari bertarannum,,,,,,masuk percuma,,,


Rabu, 20 Januari 2010

Jom Baca Buku~~~


Bismillahhirrahmanirrahim,,,,,,,,,,
Assalamualaikum.....

emm,,, baru je balik dari Perpustakaan. PTSL... cari tajuk dan kitab untuk assingment Hadith Hukum..

tengok blog teringat plak dekat meja saya ni ada 4 buah buku baru yang baru dibeli.. dengan Ustaz Arif bin Nazri,, beliau ialah pensyarah untuk madah Kuliah Kajian Teks Tafsir dan Hadith saya,,, dan juga ustaz untuk tutorial madah ini... Kuliahnya sangat bagus,,, walaupun kami hanya belajar beberapa bait matan hadith atau ayat tafsir dalam buku atau kitab yang dibuat salinan untuk madah kami,, setiap apa yang keluar dari percakapannya pasti sangat bermanfaat,,, kadang sangat berilmu dan banyak benda baru yang kami semua dapat,,, kadang-kadang tertungu-tunggu menanti hari kuliah yang dinantikan,, he5.. beliau menghabiskan pelajarnnya di UIAM.. sebelum menjadi pensyarah di UKM,, emm tu jela,, sedikit sebanyak yang diketahui tentang ustaz,,



 Untuk tutorial pertama kami,, ustaz telah memberikan kami apakah assaingment yang perlu dibuat oleh kami satu kelas,, terdapat 3 pilihan,,, tapi tak berapa nak ingat sebab assingment  berbentuk mengkaji kitab juga  tapi kaedah nye berbeza sedikit ,,assingment perlu dibuat secara berkumpulan dan kami membahagikan kepada 5 orang satu kumpulan memandangkan jumlah kami semua untuk kelas tutoril ustaz seramai 30 orang,,
emmm tak pernah pun ada jumlah yang ramai dalam bilik tutorial kalau untu kami pelajar Fakulti Pendidikan paling ramai 15 camtu la,, emm ,,, di Fakulti Pengajian Islam,, merasa la kami jumlah yang seramai itu,, sebab tu la,, saya dan kawan2 saya ke UIAM sebab ustaz suruh kami mencari dan mengkaji seberapa banyak jenis kitab-kitab Tafsir di sana... supaya kami kenal dan mengetahui sedikir sebanyak bentuk kitab, nama kitab serta huraian isi dan penulisnya.


Untuk  tutorial ke dua pula,, tiba-tiba kami melihat ustaz dan seorang pelajar muslimin masuk memebawa bungkusan dan dia terus keluar,, seperti biasa memulakan dgn al-fatihah... dan bertanyar khabar kami semua,,pastu ustaz memulakan pengajarannya,, pada mulanya,, kami tak tau apa yang ustaz nak ajar kami,,maklumlah,, kami datang macam bawa telinga dan diri masing-masing,,, he5 eh,, tak lah,, ustaz pun bagi cadangan dan menyentuh bab berkaitan dengan doa dan adap berdoa serta waktu yang mustajab diterima doa kita,,, emm .. saya sempat merakam rakaman ustaz menggunakan hp saya,, bukan senang nak suh ustaz cerita pasal benda -benda cam ni,, skali hurai keluar semua hadith dan dalil.. Selepas itu,, ustaz memperkenalkan sebuah buku yang sarat dengan doa dan zikir dan yang soheh untuk diamalkan, Bukunya sangat bermutu tinggi,,, bayak doa-doa yang kita amalkan selama ini kita tidak mengambil peduli dari mana kesohehannya atau kedoifannya,, ustaz meng habiskan time tutorial kami dgn menyentuh isi-isi doa yang perlu diamalkan dan dihafaz semoga kita semua menjadi guru yang berilmu,,..dan ustaz suka sangat jika kami melontarkan persoalan dan ustaz akan menjawabnya yang semampu yang mungkin. Buku ini kami jadikan seperti al-Quran dan boleh dibawa kemana sahaja keran saiznya kecil dan sederhana besar..



Untuk kuliah ketiga pula,, macam biasa,, mesti tak tau ape nak belajar... ustaz mencadangkan kepada kami untuk setiap kali tutorial kita akan mempelajari kitab Riadhus Solehin...insya Allah,, ustaz banyak mencadangkan Kitab-Kitab yang boleh dijadikan sumber rujukan dan kitab yang boleh perlu dimiliki oleh setiap pelajarnya,, teringat ustaz pernah cerita dan siap tunjuk lagi gambar di hp nye keadaan rumahnya yang dipenuhi dgn buku di ruang khas yang disediakan untuk bilik membaca mungkin,, sekali tengok macam perpustakaan pun ada,,, heheh, ustaz kata tak rugi beli kitab atau buku,, satu masa nanti pasti kamu akan membacanya percayalah,, mulai dari itu,, kami semua mula meminati untuk memiliki buku-buku yang bermutu untuk dibaca dan dibuat rujukan,, ustaz siap kata lagi ada sebuah buku itu namanya Keperibadian Seorang Muslimah atau sebuah buku lagi Keperibadian Seorang Muslim,, buku tu tak ada lagi dalam simpanan saya hari tu tak sempat nak ambil maklumlah,, ustaz bawak beberapa buah je,, kami ni ramai,, ustaz kata buku tu boleh dijadikan antara barangan hantaran perkahwinan,, betul juga kata ustaz,, bestnya kalau dapat buku maklumlah lain dari yang lain,, antara yang sempat saya beli dengan ustaz ialah... # beberapa buah buku je... tapi menarik juga isi nye,, masih dalam proses pembacaan.. maklumlah baru beli semalam,,,



 

 
Inilah kitabnya,,, menarik tak,,, buku terbitanya Jahabersa sangat menarik isi dikupas dengan baik dan siap ada nota kaki dan sumber rujukan macam buat assingment la pula,, tapi walaubagaiman pun,,,ucapan tahniah untuk penulis yang berusaha menyusun dan menerbitkannya, semoga Allah membalas jasanya,, Untuk buku Keperibadian Muslimah menurut al-Quran dan Sunnah serta kitab Riadhus Solehin akan ustaz bawa untuk tutorial minggu depan, tak sabar nak memiliki buku dan kitab itu... Selamat membaca semua...:) 

Isnin, 18 Januari 2010

"Cebisan Kenangan"



Bismillahhirrahmanirrahim,,,
Assalamualaikum,,
Alhamdulillah terasa nak kongsi pengalaman ke UIAM Gombak,,,
catatan perjalanan,,
kami memulakan perjalanan dari Kolej Ungku Omar pada pukul 7.00 a.m setelah siap sedia kami memulakan perjalan menuju ke stesen Komuter UKM dengan menaiki Bus Zon 6Z untuk menuju ke sana,
setelah sampai ke sana. Kami masing-masing mendapatkan tiket  beharga RM 3.30 Komuter Menuju ke KL Central.. Alhamdulillah semasa berada dalam train kami semua berlima mendapat tempat duduk untuk menuju ke destinasi.

 Keadaan Komuter tidaklah terlalu padat dan sesak,,, mungkin kerana masa perjalanan kami awal dalam pukul 8.00 dari komuter Ukm,, setelah sampai di KL Central,, kami mneruskan perjalanan dengan membeli tiket LRT menuju ke Gombak harga tiketnya Rm 2.40 setelah itu kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Gombak. sampai di sana kami mengambil Bus Rapid untuk menuju ke UIAM Gombak...emm firts time p sana...tambangnya sama macam UKM RM 1.00. sampai di sana kami berhenti di bus stop pertama berdepan dengan bangunan besar lambang kuasa pentadbiran UIAM,, pada mulanya pelbagai andaian dibuat oleh kami ,, maklumlah tak pernah sampai sana,, kami ingat adala,, fakulti lain bilik kuliah tempat lain atau jauh-jauh ke,, upenye,,, situlah tempatnya,, bangunan yang kami nampak kat sana semua proses pengajaran dan Ibadah serta perpustakaannya. cuma Kolej mereka je yang berjauhan, mereka menyebut perkataan marhallah(Kolej) ooo.. baru kami tau dan faham,, heheh.. lain U lain perancangan struktur dan kawasannya.


dalam beberapa minit kami menunggu salah seoarang kawan kami punyer kawan.. heheh3.. kami disuruh untuk menyeberangi jalan dan menaiki tangga utama bangunan yang kami namapak depan mata kami, kemudian kami meneruskaan perjalanan sehingga ternampak masjid di tengah dan kami tercari-cari di mana librarynya,,, kebetulan sebelum kawan imah sampai,, ana tereserempak dua oarang muslimat yang berjalan keluar dari tempat yang kami tidak ketahui pada awalnya,, ana bertanya,, di mana library.. dia menunjukkan arahnya,, kami meneruskan  perjalanan,, kami berasa sangat hairan kenapa sungguh sunyi tempatnya.. maklumlah,, hari minggu Hari Ahad.. tak ramai orang..
 setelah menunggu di muka pintu depan library,, sempat ambik pic sebagai kenangan,,itu pun dengan Hp.. tak ok sangat pic nye.. bolehla,,
 
 selepas itu kami boleh meneruskan kerja kami dengan mula memasuki librarynya dengan menggunakan Kad UIAM kawan imah.. alahmdulillah leh masuk kami semua,,
 
 Kemudian , memulakan kerja kamidengan mencari kitab-kitab Tafsir untuk membuat analisis,, seronok kat sana terdapat banyak kitab-kitab rujukan dari bahasa Arab dan terjemahannya,,
tak habis dan tak sempat nak tulis semua,, kami kesuntukan masa,, dalam pukul 3 kami keluar dan mula solat dan makan,,
 
 emm,,, meneruskan perjalanan untuk pulang semula ke UKM.. dalam pukul 4.00pm cam tu la,,perjalanan kami seperti mana perjalanan mula kami datang setelah kami sampai di KL Central.. sebelum Pulang kami solat asar dan mula meronda-ronda sebelum meanaiki train Komuter Menuju ke UKM.. masya Allah jam menunjukkan pukul 6.30p.m.. kami mula bergerak untuk pulang,, wah ramai nye manusia,, menunggu train komuter,,, sabar je,, kami dapat menaiki train dalam pukul 7.20 p.m cam tu la,, dalam hati kami sempat tak sampai UKM untuk solat Magrib,, alhamdulillah dalam kul 7.55p.m cam tu la,, sampai dan kami mencari surau di kawsaan Train Komuter UKM untuk berhenti solat jap.. alhamdulillah,, terus pulang menaiki bas 6z ke UKM... perjalan yang memenatkan juga tetapi penuh makna,, kalu tidak disebabkan mencari Kitab Tafsir tak kan sampai kami berlima ke sana,,, emm,, mungkin kami akan cari kitab di U lain plak kalu diizinkan,,, insya Allah... yang terdekat USIM atau UM jauh gak,,, tapi tengok lah macam mana... wallahualam,,







Akhirya Jumpa,,, syukur...

Assalamualaikum,,,

 Alhamdulillah selawat dan salam buat nabi junjungan kita nabi Muhammad s.a.w, para ahlul bait para salafussolaeh tabi' tabiin, para mujahid mujahidah serta semua kaum muslimin muslimat, alhmdulillah ana masih dikurniakan nikmat iman dan ihsan serta Islam,, moga -moga ana terus ikhlas di jalannya, Insya Allah.
emm,,, sudah lama ku tidak menaip di blog,, emm orang lain bz gak,, tapi terisi je entrinya, ana ni cam ne ye,,, tanye la diri sendiri,, sepanjang sesi pengkuliahan sekarang dah masuk minggu kelima kita belajar,, dah dapat semua dah assingment yang perlu di buat cuma tinggal pandai2 membahagikan masa untuk menyiapakanya...


aritu,, ana sibuk mencari kitab untuk Ulum Hadith ni ,, namanya Hujiyyah al-Sunnah- dikarang oleh,, Abdul Ghani Abdul Khaliq. alhamdulillah dah jumpa.... dengan berkat kesabaran mencari nya di PTSL.. tapi buku tu rosak,, terpaksa ambik jalan lain,, cam ne la nak dapatkan kitab tu,,ana berkongsi masalah ana dengan seorang akak sekarang ambik master Kat FPI.

Sebelum ini beliau pernah menjadi pentutor untuk subjek ini. dia memberikan ana cadangan cuba cari dengan ustaz atau lec yang mengajar hadis.. insya Allah mungkin mereka ada dalam simpanan peribadi mereka. sebelum itu, akak ini ada bagi alamat web yang mana kita boleh mendownlordnya sebagai langkah awal,, jadi anan terus membuka dan search kat laman web tu,, alhamdulillah dapat juga tengok ape isi kitab itu sebagai gambaran awal.,, kemudian ana mula ingin berjumpa dengan lec ana yang mengajar subjek ini,, tetapi nak di jadikan cerita pada pagi sabtu selepas kuliah Fiqh ibadah Munakahat,, ana menuju ke Fakulti Pengajian Islam,, untuk bertemu dengan ustaz,,dalam berjalan menuju ke bilik lec ana tetiba ana ternampak bilik ustaz Azwira terbuka, lantas memberikan salam mohon masuk untuk tanye ustaz kalau ada kitab ini dengan ustaz,,, alhamdulillah ,, ustza kat ada dan memberikan ana untuk pinjam wat sementara waktu,, dalam hati ana,,, alhamdulillah,,, settle cari kitab ini,..

akan tetapi ana mesti memahami isi kitab ini, sebab ana kene bentang dan meperkenalkan kitab dan berikan sedikit penerangan berkaintan dengan isinya. Insya Allah ana bersama kawan ana dari kelas tutorial yang lain telah bertungkus lumus membaca dan menterjemahkannya, dan mencari isi penting berkaitan dengan Kitab ini, Apa yang ana perlu ambik perhatian ialah:
~Pengenalan ringkas Kitab
~Biodata pengarang
~Isi kandungan Kitab
~ Metodologi  Kitab
~Kelemahan dan Kelebihan
~Kesimpulan

 Insya Allah semoga Allah permudahkan urusan ana dan sahabat2 ana yang dapat tajuk ini. Semester ini memang banyak belajar pasal hadith,, semoga ape yang ana belajar mudah difahami dan menyampaikan nya,, Insya Allah . kesimpulan ustaz bagi tugasan ini sebenarnya membuatkan kita rasa macam pernah membaca dan mengenali kitab-kitab rujukan hadith dalam waktu kita belajar,, nak harapkan kita tak tau bila nak tengok matan , sanad dan kaji perbezaan dan isu-isu kitab-kitab ini,,, asyik tengok yang terjemahan je,,, semoga ada ibrah disebalik pekerjaan dan tugasan yang dilaksanakn.sekian .. wassalam,,.

http://www.waqfeya.com/book.php?bid=576 
Inilah alamt web yang kita boleh tengok kitab - kitab hadith yang dicari,.

Ahad, 3 Januari 2010

Terungkai kata~~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


 Belum terlambat untuk ana mengucapkan selamat tahun baru untuk semua sahabtku.. semoga kita menjadi hamba Allah yang sebenar dlm menuju redha nya. Takbir~~!