BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Renungkanlah,,

Cari Blog Ini

Rabu, 20 Januari 2010

Jom Baca Buku~~~


Bismillahhirrahmanirrahim,,,,,,,,,,
Assalamualaikum.....

emm,,, baru je balik dari Perpustakaan. PTSL... cari tajuk dan kitab untuk assingment Hadith Hukum..

tengok blog teringat plak dekat meja saya ni ada 4 buah buku baru yang baru dibeli.. dengan Ustaz Arif bin Nazri,, beliau ialah pensyarah untuk madah Kuliah Kajian Teks Tafsir dan Hadith saya,,, dan juga ustaz untuk tutorial madah ini... Kuliahnya sangat bagus,,, walaupun kami hanya belajar beberapa bait matan hadith atau ayat tafsir dalam buku atau kitab yang dibuat salinan untuk madah kami,, setiap apa yang keluar dari percakapannya pasti sangat bermanfaat,,, kadang sangat berilmu dan banyak benda baru yang kami semua dapat,,, kadang-kadang tertungu-tunggu menanti hari kuliah yang dinantikan,, he5.. beliau menghabiskan pelajarnnya di UIAM.. sebelum menjadi pensyarah di UKM,, emm tu jela,, sedikit sebanyak yang diketahui tentang ustaz,,



 Untuk tutorial pertama kami,, ustaz telah memberikan kami apakah assaingment yang perlu dibuat oleh kami satu kelas,, terdapat 3 pilihan,,, tapi tak berapa nak ingat sebab assingment  berbentuk mengkaji kitab juga  tapi kaedah nye berbeza sedikit ,,assingment perlu dibuat secara berkumpulan dan kami membahagikan kepada 5 orang satu kumpulan memandangkan jumlah kami semua untuk kelas tutoril ustaz seramai 30 orang,,
emmm tak pernah pun ada jumlah yang ramai dalam bilik tutorial kalau untu kami pelajar Fakulti Pendidikan paling ramai 15 camtu la,, emm ,,, di Fakulti Pengajian Islam,, merasa la kami jumlah yang seramai itu,, sebab tu la,, saya dan kawan2 saya ke UIAM sebab ustaz suruh kami mencari dan mengkaji seberapa banyak jenis kitab-kitab Tafsir di sana... supaya kami kenal dan mengetahui sedikir sebanyak bentuk kitab, nama kitab serta huraian isi dan penulisnya.


Untuk  tutorial ke dua pula,, tiba-tiba kami melihat ustaz dan seorang pelajar muslimin masuk memebawa bungkusan dan dia terus keluar,, seperti biasa memulakan dgn al-fatihah... dan bertanyar khabar kami semua,,pastu ustaz memulakan pengajarannya,, pada mulanya,, kami tak tau apa yang ustaz nak ajar kami,,maklumlah,, kami datang macam bawa telinga dan diri masing-masing,,, he5 eh,, tak lah,, ustaz pun bagi cadangan dan menyentuh bab berkaitan dengan doa dan adap berdoa serta waktu yang mustajab diterima doa kita,,, emm .. saya sempat merakam rakaman ustaz menggunakan hp saya,, bukan senang nak suh ustaz cerita pasal benda -benda cam ni,, skali hurai keluar semua hadith dan dalil.. Selepas itu,, ustaz memperkenalkan sebuah buku yang sarat dengan doa dan zikir dan yang soheh untuk diamalkan, Bukunya sangat bermutu tinggi,,, bayak doa-doa yang kita amalkan selama ini kita tidak mengambil peduli dari mana kesohehannya atau kedoifannya,, ustaz meng habiskan time tutorial kami dgn menyentuh isi-isi doa yang perlu diamalkan dan dihafaz semoga kita semua menjadi guru yang berilmu,,..dan ustaz suka sangat jika kami melontarkan persoalan dan ustaz akan menjawabnya yang semampu yang mungkin. Buku ini kami jadikan seperti al-Quran dan boleh dibawa kemana sahaja keran saiznya kecil dan sederhana besar..



Untuk kuliah ketiga pula,, macam biasa,, mesti tak tau ape nak belajar... ustaz mencadangkan kepada kami untuk setiap kali tutorial kita akan mempelajari kitab Riadhus Solehin...insya Allah,, ustaz banyak mencadangkan Kitab-Kitab yang boleh dijadikan sumber rujukan dan kitab yang boleh perlu dimiliki oleh setiap pelajarnya,, teringat ustaz pernah cerita dan siap tunjuk lagi gambar di hp nye keadaan rumahnya yang dipenuhi dgn buku di ruang khas yang disediakan untuk bilik membaca mungkin,, sekali tengok macam perpustakaan pun ada,,, heheh, ustaz kata tak rugi beli kitab atau buku,, satu masa nanti pasti kamu akan membacanya percayalah,, mulai dari itu,, kami semua mula meminati untuk memiliki buku-buku yang bermutu untuk dibaca dan dibuat rujukan,, ustaz siap kata lagi ada sebuah buku itu namanya Keperibadian Seorang Muslimah atau sebuah buku lagi Keperibadian Seorang Muslim,, buku tu tak ada lagi dalam simpanan saya hari tu tak sempat nak ambil maklumlah,, ustaz bawak beberapa buah je,, kami ni ramai,, ustaz kata buku tu boleh dijadikan antara barangan hantaran perkahwinan,, betul juga kata ustaz,, bestnya kalau dapat buku maklumlah lain dari yang lain,, antara yang sempat saya beli dengan ustaz ialah... # beberapa buah buku je... tapi menarik juga isi nye,, masih dalam proses pembacaan.. maklumlah baru beli semalam,,,



 

 
Inilah kitabnya,,, menarik tak,,, buku terbitanya Jahabersa sangat menarik isi dikupas dengan baik dan siap ada nota kaki dan sumber rujukan macam buat assingment la pula,, tapi walaubagaiman pun,,,ucapan tahniah untuk penulis yang berusaha menyusun dan menerbitkannya, semoga Allah membalas jasanya,, Untuk buku Keperibadian Muslimah menurut al-Quran dan Sunnah serta kitab Riadhus Solehin akan ustaz bawa untuk tutorial minggu depan, tak sabar nak memiliki buku dan kitab itu... Selamat membaca semua...:) 

0 ulasan: