BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Renungkanlah,,

Cari Blog Ini

Isnin, 18 Januari 2010

"Cebisan Kenangan"



Bismillahhirrahmanirrahim,,,
Assalamualaikum,,
Alhamdulillah terasa nak kongsi pengalaman ke UIAM Gombak,,,
catatan perjalanan,,
kami memulakan perjalanan dari Kolej Ungku Omar pada pukul 7.00 a.m setelah siap sedia kami memulakan perjalan menuju ke stesen Komuter UKM dengan menaiki Bus Zon 6Z untuk menuju ke sana,
setelah sampai ke sana. Kami masing-masing mendapatkan tiket  beharga RM 3.30 Komuter Menuju ke KL Central.. Alhamdulillah semasa berada dalam train kami semua berlima mendapat tempat duduk untuk menuju ke destinasi.

 Keadaan Komuter tidaklah terlalu padat dan sesak,,, mungkin kerana masa perjalanan kami awal dalam pukul 8.00 dari komuter Ukm,, setelah sampai di KL Central,, kami mneruskan perjalanan dengan membeli tiket LRT menuju ke Gombak harga tiketnya Rm 2.40 setelah itu kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Gombak. sampai di sana kami mengambil Bus Rapid untuk menuju ke UIAM Gombak...emm firts time p sana...tambangnya sama macam UKM RM 1.00. sampai di sana kami berhenti di bus stop pertama berdepan dengan bangunan besar lambang kuasa pentadbiran UIAM,, pada mulanya pelbagai andaian dibuat oleh kami ,, maklumlah tak pernah sampai sana,, kami ingat adala,, fakulti lain bilik kuliah tempat lain atau jauh-jauh ke,, upenye,,, situlah tempatnya,, bangunan yang kami nampak kat sana semua proses pengajaran dan Ibadah serta perpustakaannya. cuma Kolej mereka je yang berjauhan, mereka menyebut perkataan marhallah(Kolej) ooo.. baru kami tau dan faham,, heheh.. lain U lain perancangan struktur dan kawasannya.


dalam beberapa minit kami menunggu salah seoarang kawan kami punyer kawan.. heheh3.. kami disuruh untuk menyeberangi jalan dan menaiki tangga utama bangunan yang kami namapak depan mata kami, kemudian kami meneruskaan perjalanan sehingga ternampak masjid di tengah dan kami tercari-cari di mana librarynya,,, kebetulan sebelum kawan imah sampai,, ana tereserempak dua oarang muslimat yang berjalan keluar dari tempat yang kami tidak ketahui pada awalnya,, ana bertanya,, di mana library.. dia menunjukkan arahnya,, kami meneruskan  perjalanan,, kami berasa sangat hairan kenapa sungguh sunyi tempatnya.. maklumlah,, hari minggu Hari Ahad.. tak ramai orang..
 setelah menunggu di muka pintu depan library,, sempat ambik pic sebagai kenangan,,itu pun dengan Hp.. tak ok sangat pic nye.. bolehla,,
 
 selepas itu kami boleh meneruskan kerja kami dengan mula memasuki librarynya dengan menggunakan Kad UIAM kawan imah.. alahmdulillah leh masuk kami semua,,
 
 Kemudian , memulakan kerja kamidengan mencari kitab-kitab Tafsir untuk membuat analisis,, seronok kat sana terdapat banyak kitab-kitab rujukan dari bahasa Arab dan terjemahannya,,
tak habis dan tak sempat nak tulis semua,, kami kesuntukan masa,, dalam pukul 3 kami keluar dan mula solat dan makan,,
 
 emm,,, meneruskan perjalanan untuk pulang semula ke UKM.. dalam pukul 4.00pm cam tu la,,perjalanan kami seperti mana perjalanan mula kami datang setelah kami sampai di KL Central.. sebelum Pulang kami solat asar dan mula meronda-ronda sebelum meanaiki train Komuter Menuju ke UKM.. masya Allah jam menunjukkan pukul 6.30p.m.. kami mula bergerak untuk pulang,, wah ramai nye manusia,, menunggu train komuter,,, sabar je,, kami dapat menaiki train dalam pukul 7.20 p.m cam tu la,, dalam hati kami sempat tak sampai UKM untuk solat Magrib,, alhamdulillah dalam kul 7.55p.m cam tu la,, sampai dan kami mencari surau di kawsaan Train Komuter UKM untuk berhenti solat jap.. alhamdulillah,, terus pulang menaiki bas 6z ke UKM... perjalan yang memenatkan juga tetapi penuh makna,, kalu tidak disebabkan mencari Kitab Tafsir tak kan sampai kami berlima ke sana,,, emm,, mungkin kami akan cari kitab di U lain plak kalu diizinkan,,, insya Allah... yang terdekat USIM atau UM jauh gak,,, tapi tengok lah macam mana... wallahualam,,







0 ulasan: