BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Renungkanlah,,

Cari Blog Ini

Sabtu, 27 Februari 2010

**~~Pengalaman dan Ibrahnya~~**


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,,

Selawat dan salam nabi junjungan kita nabi muhammad s.a.w, para ahlul bait, para salafus soleh, para sahabat, para tabie; tabie-tabien serta para pembaca yang sy hormati sekalian,, alahamdulillah dikurniakan nikmat, iman, ihsan dan kesihatan untuk kita sama-sama meneruskan tugas kita sebagai khalifah di bumi serta tanggungjawab-tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar atau manusia yang beriman kepada Allah. insya Allah,,

 Untuk entri kali ini, hati ini berminat nak berkongsi apa aktivtii yang telah dilakukan sepanjang hari ini,,, sebelum itu semalam saya telah menghadiri Liqo bersama ahkawat UKM dan UM di Rumah Kajang.. kami telah mengadakan sebuah program bersemperna Maulidur Rasul 12 Jamadil Awal 1431H... yang bernama Malam Merindu Kekasih Ilahi... alhamdulillah berjalan dengan baiknya,, aktiviti ini diisi dengan sesi, berkenalan,dan seterusnya kami berselawat ke atas Nabi,, dan seterusnya di adakan aktiviti dengan membahagikan kumpulan, setiap kumpulan ada sebuah laptop,, kami diberikan tanyangan berkaitan dengan Sejarah Perkembangan sirah Nabi sehingga Kewafatannya berserta sedikit bingkisan daripada Ustazah Norbahyah,,,, wah,, begitu sebak hati ini,, tujuan program di adakan ialah ila mardhotillah, membangkitkan semangat untuk mengingati perjuangan Rasulullah. 


  Selepas itu kami diberikan task untuk membuat persembahan atau menciptakan situasi yang mana dia sangat memahami dan membangkitkan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w kami terbahagi kepada 5 kumpulan,,,, setelah mendapat task yang di berikan,, 10 minit diberikan masa untuk berbincang bagaimana cara persembahan yang akan diberikan,, oleh kerana bahan yang diberikan oleh kumpulan kami iaitu kumpulan ke 5 ialah sebuah essay tentang riwayat hidup rasulullah,, kami mengambil keputusan untuk membacakan cerita diiringi lagu dari kumpulan raihan dan kedua kumpulan in team bertajuk Rasulullah dan pemergianmu,, alhamdulillah persembahan kami paling terkesan sekali walaupun,, setiap group mencipta pelbagai situasi samada bersajak , bernasyid dan sebagainya tetapi bukan itu yang dinilai tetapi sejauhmana kita memahami perjuangan hidup Rasulullah, atau keperdulian kita sebagai Ummat nabi Muhammad sedangkan sebelum baginda Rasulullah meninggal masih terungkap dibibirnya Ummati, Ummati, Ummati,,,Umatku3x menunjukkan baginda sangat sayangkan umatnya lebih daripada dirinya,,, adakah kita menyedarinya,, Subhanallah,,, ingattilah perjuangan Rasulullah,, dala memperjuangkan Islam,, tanye pada diri kita ???ape lah tanggingjawab kita,,, adakah kita meneruskan tanggungjawab kita sebagi umat dan sebagai hamba Allah,,, Allah  s.w.t telah berfirman,, dalam surah al-Ankabut (29:2) Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan." kami telah beriman," dan mereka tidak diuji... cuba kita tanye diri kita adakah kita telah mengenal Allah??? bagaimana terjawabkah kita.. di situ lah nilai iman kita,, adakah semua yang terdapat dalam rukun iman itu ada dalam diri kita .. ya Allah permudahkanlah,, sedarkanlah hambamu ini dari kelalaian dan kurniakanlah makrifahmu dan ampunilah dosa hambamu ini,,, Ya Rahman Ya Rahim,, 

Hari ini,, setelah pulang dari program semalam,, ana meneruskan aktiviti dengan memasuki KURSUS TARANNUM AL-QURAN SIRI PERTAMA.. mungkin tahun ini baru dilaksanakan dengan baiknya di UKM.. sebelum ini saya ada menghadiri seminar tarannum al-Quran yang diadakan di masjid UKM,, alhmdulillah,, saya cuba mengambil peluang yang ada ini untuk mendalami dengan lebih baik lagi tentang ilmu Tarannum ini,, sebelum ini,,, sem lepas saya telah mengambil kursus ini untuk wajib mijor saya.. maklumlah saya ni program pendidikan al-Quran,, jadi alhamdulillah,, semuanya bukan mudah untuk bertarannum tetapi itulah yang dinamakan usaha, dan latihan mampu menilai kemahiran diri masing-masing,,  baiklah hari ini dalam bersejarah kursus ini bermula dan di anjurkan oleh Jabatan Pengajian Al-quran Al-Sunnah yang dipantau oleh Ustaz Wan Hilmi Wan Abdullah. tenaga pengajar yang mengajar kursus ini ialah Al-Ustaz HJ Abdul Rahim Ahmad.. (Karyawan Tamu Bidang Tarannum, beliau juga pernah  mendapat Johan Antarabangsa, serta menyandang tugas sebagi Hakim Tilawah Al-Quran  Peringkat Antarabangsa. kursus ini dijalankan satu kali sebulan setiap penghujung bulan selama 4 jam sehari dari jam (10a.m-2p.m ) dan 8 kali belajar mengikuti kursus.. pengalaman mengikuti kursus hari ini ustaz lebih kepada pengenalan ilmu suara itu sendiri, peserta yang mengikuti kusus ini adalah umum bukan tertumpu kepada pelajar UKM malah pelajar luar UKM tanpa mengira usia dan akademik..  yang penting mempunyai keinginan dan minat,,:)  mudah-mudahan kursus ini dapat berjalan dengan baiknya,,teringat kata-kata ustaz,, kita belajar tarannum bukan untuk mengikuti Musabaqah al-Quran sahaja tetapi kita belajar untuk memperbaiki dan membaikkan suara kita,, dalam bacaan al-Quran,, sesungguhnya kita ini adalah ahlul Quran..

Teringat diri ini pernah bercita-cita untuk ke Darul Quran,, tetapi selepas Spm saya tak terfikir pun maklumlah tak da pengenalan dan tidak mengetahui kewujudanya,, saya cuba untuk mengisi borang slps Exam STAM,, saje cuba2 hantar dapatlah temuduga dan ujian,, tetapi bukan rezeki untuk kesana rupanya,, dalam masa yang sama saya juga mengisi borang untuk permohonan ke Universiti.. antara yang 8 yang saya pilih pilihan pertama saya ialah Pendidikan al-Quran.,, alhamdulillah selesai sesi MEDSI dan Interview keputusanya saya diterima ke UKM rupanya,, inilah rezeki dan takdir Allah tentukan untuk saya.. Subhanallah,, saya bertekad tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan,, pada waktu itu,, sebak dan air mata saya mengalir kegembiraan dan kesyukuran,,selagi nyawa masih diberikan,, ingatlah hidup kita menuju ilahi,, kuatkan semangatmu aisyah...

Selepas tamat sesi kursus dalam pukul 2 begitu la,, saya dan sahabat saya farah,,meneruskan tanggungjawab sebagi hambaNYA ,,ke surau untuk melaksanakn solat Zohor,, selepas berjamaah kami berpisah kerana ada urusan yang saya ingin laksanakan berkaitan dengan cenderamata dan hadiah untuk Malam Anugerah Graduan untuk pelajar  tahun empat fakulti pendidikan,, kali ini kali ke 3 ana memegang jawatan dalam MAG ini.. tidak mengapalah ana cuba melaksanakan amanah sebaik yang mungkin,,pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.. hanya orang itu yang merasai kemanisan dan kepahitan setiap yang dilalui,, bukan mudah sesuatu program yang akan dilaksanakan,,,mestilah mempunyai gerak kerja yang baik dan teratur dan efektif,, baiklah petang itu saya bersama sahabat ajk saya iaitu azzarah berjumpa dengan seorang kakak, dia bekas pelajar Ukm juga,, tujuanya untuk melihat katalog dan sampel kek yang  dijual,, manalah tau kami berminat untuk membuat tempahan,, kebetulan di kolej Aminuddin Baki,, ada melaksanakan pesta kolej,, jadi mereka mengambil peluang membuka both mereka di sana.

Baiklah,, setelah settle semua itu,, ambil keputusan untuk pulang ke kolej ku,, dimana ya,, Ungku Omar ,, hehehe,, untuk berehat,, maklumlah,, diri ini sudah seminggu tidak sihat,, tetapi ku mengagahkan diriku dan bersemangat untuk melaksanakan amanah selagi termampu,,

 Malamnya pula,, eh tiba2 mendapat paggilan dari sahabatku cikgu sains,, katanya aisyah leh datang tak ada meeting untuk menjadi AJK untuk cenderamata dan hadiah,, eh,, rupa-rupanya jadi ingatkan tak jadi nak ambik saya.. emm tak da orang lain lah,, kami berlima Sutera Putih gak lah,, hehhe.. tetapi ,, insya Allah cuba laksanakan yang terbaik,,, untuk majlis Makan malam anak Kedah..Malam Darul Aman.. walaupun saya ini anak Kelantan,, tidak bermakna saya tidak mengikuti program yang dilaksanakan,, ada kelapangan saya ikuti,,semoga program yang akan dilaksanakan 2.10.2010 hari selasa ini berjalan dengan baiknya,, amien.. ok lah,, setakat ini dulu coretanku..beginilah kehidupan sepanjang di UKM sebagai seorang pelajar,,,ok wassalam,,

Khamis, 25 Februari 2010

~~Rasulullah Murabbi Terhebat di Dunia dan Akhirat~~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini