BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Renungkanlah,,

Cari Blog Ini

Khamis, 11 Jun 2009

~POhOn TaUhiD BeRBenIH iMaN~


"~Tidak Goyah dilanda Taufan.
Tidak Tumbang dirempuh Badai~"

Imam Ahmad berkata::

:: PERUMPAMAAN IMAN SEPERTI POHON KERANA POKOKNYA IALAH SYAHADATAIN, BATANG DAN DAUNNYA JUGA DEMIKIAN. SDGKAN BUAHNYA IALAH SIKAP WARA' (BERHATI-HATI). TIDAK ADA KEBAIKAN PADA POHON YANG TIDAK BERBUAH, DAN TIDAK ADA KENAIKAN PADA ORG YG TIDAK MEMPUNYAI SIFAT WARA'::
{As-Sunnah; karya Abdullah bin Ahmad: 1/316}

Perumpamaan yang Allah datangkan dalam al-Quran

"Tidak engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan,iaitu:
kalimah yang baik adalah seperti sebatang pohon yang baik,yang pengkalnya(akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya,dan Allah mengemukakan perbandingan - perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat(mendapat pelajaran)
(Surah Ibrahim: 14:24-25)

POHON IMAN

BUAH = GAnjaran pahala yang diperolehi daripada akidah yang utuh dan amalan ayang ikhlas.

RANTING = Amalan yang dikerjakan di dunia ini diterima Allah dan diangkat ke pangkuan-Nya.

BATANG = Amalan soleh yang dilakukan dengan tubuh berupa solat, puasa, zakat, sedekah,haji dan sebagainya.

AKAR = Akidah yang kukuh dan mantap. Menyakini sepenuhnya hati keesaan Allah.

Pesanan AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

"PENDAKWAH di jalan Allah itu ibarat sepohon pokok yang lebat dan ranum buahnya.Orang ramai melontarkannya dengan batu dan kayu(untuk mendapatkan buah), tetapi mereka melotarkan (memberikan) buah-buah yang ranum dan manis kepada mereka."

Wah indahnya maksud iman sebenarnya.Sebagai seorang manusia bergelar muslim adakah kita bertanya kepada diri kita?
Adakah kita sentiasa menilai diri kita dimana nilai iman kita?
Adalah semakin bertambaha atau berkurang.. Subhanallah.. ku berdoa semoga nilai-nilai dan tarbiyah yang telah ku perolehi mampu meningkatkan iman dalam diri ini. Bila dilihat dan DIFAHAMI makna setiap POHON IMAN,, Subahanallah,,, perbagai persoalan ditimbulkan,,, alhamdulillah,, hati ini mengerti dan cuba bermuahasabah ... bagi hati -hati yang tidak sedar ,,, Bagaimana agaknya iman nya? kuberdoa,, semoga hati-hati yang telah mandapat hidayah dan tarbiyah dari Allah,, sentiasa dipermudahkan amalannya,, manakala bagi hati-hati yang lalai,, ku pohon doa semoga hati mereka mendapat hidayah Allah...insya Allah,,, amien..

0 ulasan: