BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Renungkanlah,,

Cari Blog Ini

Selasa, 29 Disember 2009

"Asalnya Kuliah Akhirnya Karya" layan je la,,, :)



Assalamualaikum,,

Jam menunjukkan pukul 2.19a.m semua ahli penghuni kolej Ungku Omar ana harapkan telah meninggalkan alam untuk merehatkan tulang berulang mereka yang kepetatan untuk berehat daripada tugasan harian setiap hari. Tiba-tiba jari ini ingin menaip sesuatu yang terlintas difikiran bermula dari kuliah kedua untuk minggu kedua ini dalam pukul 11a.m-1p.m kuliah hari ini di Dk 43.101 di Kompleks Tun Abdullah Mohammad Salleh disyarahkan oleh Dr.Lilia Rahim yang menerangkan tentang Mengenalpasti Masalah Kajian dan Tujuan persoalan Kajian dan Hipotesis Kehidupan. Selepas ini, mungkin kami tidak akan berjumpa dgn puan kerana kuliah selepas ini oleh Dr lain pula. Puan memberikan penekanan bahawa di dalam mengetahui asas-asas penyelidikan bahagian ini lah yang paling penting untuk difahami. Ana dan kawan bersemangat mendengar dan memberikan perhatian untuk kuliah yang dijalankan. Selepas itu, dalam pukul 3 p.m pula ada kelas kajian Teks Bahasa Arab dlm Pendidikan oleh Dr Kamaruzzaman sebelum kuliah dijalankan kami mula memenuhi tempat sebagai destinasi tempat belajar kami maklumlah kerusi banyak dari depan ke belakang. Macam bisalah kami kawan-kawan jarang berada di belakang suka memenuhi kerusi di depan bilik kuliah. Di sebelah tempat duduk saya kosong pada awalnya tetapi tiba –tiba datang seorang kawan duduk di sebelah kanan tempat ana. Macam biasalah kami suka bertanya khabar... setelah bertukar-tukar cerita tiba-tiba akak yang berada di sebelah kanan saya bertanya satu soalan kepada ana.. aisyah minat menulis tak.. cuba lah menulis atau taip ikutlah apa-apa artikal pastu hanta je kat mana2 majalah untuk berkongsi ilmu.. kalau bernasib baik dapatlah cenderahatinya berbentuk wang.. sy memanggilnya kakak disebabkan menghormatinya yang umurnya beza setahun sahaja. Saya pun menjampuk dan berkata minat,, tapai macam tak ada keyakinan.. akak tu pun g tau,, tulis la aisyah pape je,,, cuba hanta kat mana majalah, surat khabar atau radio... sekarang akak dalam proses menulis dan menyiapkan skrip drama radio... dalam hati ana berkata MasyaAllah bagusnya akak ni pandai merebut peluang mengisi masa yang ada,, dengan berkarya.. ilham semuanya dari Allah,, kalau bijak menggunakannya,,, beruntunglah empunya tuannya. Ana mula bertanya berkaitan dengan hasratnya suatu ketika ada dia pernag bercerita berkaitan dengan dia ingin mencetak bukunya novel hasil karyanya sendiri selama ini dia hanya aktif menulis novelnya di dalam blognya..tak d sangka rupanya dia bercita-cita juga ingin melihat hasil karyanya terjual di pasaran. Katanya akak dalam usaha proses membuat proposal andai kata syarikat penerbitan buku itu terima Insya Allah boleh dicetak dan diterbitkan. Ooo ana kata begitu ya... akak yang sy kenal sebagai sahabat sekuliah saya ini sentiasa memberikan saya semangat dan suntikan motivasi untuk bekarya..

Dalam pukul 12 selepas ana pulang dari bilik kawan yang mana kami memulakan Study Group kami untuk semestar 2 tahun 3 ini. Kami ingin mencipta kejayaan bersama,, hari ini kami cuba membuat semakan berkaitan dengan nota kuliah asas penyelidikan sayangnya internet ada masalah tak dapat nak buka Spin UKM Bangi. Jadi kami cuba mengingati dan bersoal jawab menggunakan nota akak senior tahun lepas, hasrat untuk membuat nota terpaksa ditamatkan untuk satu jam awal..dalam, pukul 11 kami mula menghafal Ulum Hadis yang dikuliahkan Oleh Ustaz Akil pada setiap hari khamis. Kami menghafal dan mengulangnya bersama. Kemudian, tepat jam 12 ana mohon pulang ke bilik ana. Dan cuba buka laptop mana tau line ok ,, alhamdulillah ok,, ana buka lah Ym.. tetiba ana nampak nama kakak ini dia online,, jadi ana buzz la,, dia pun balas juga.. dia tanya tak tido lg ke ?? tak nak buka spin ni... pastu dia kata oo.. ye ke,, ana tanya dia pasal buku kuliah yang Ustaz Kamarulzaman suruh cari berkaitan dengan Kajian Teks Arab dalam Pendidikan... berikut beginilah perbualan kami,,

wahdatulnissa' Abdullah: salam,,

wahdatulnissa' Abdullah: duk wat pe?

wahdatulnissa' Abdullah: akk dah jumpe ke kitab dlm kulliah td?

HASLINDA BTE. RAMLEE LINDA: wslm...xdok eehhh..baru balik dok bual ngn kwn2...huhuuuu...

HASLINDA BTE. RAMLEE LINDA: yap..dh jmpe...xpelah, nt sok akak tnyer kt kels..sape yg nk fotostat nota 2...boleh fotostat ramai2...

wahdatulnissa' Abdullah: oo

wahdatulnissa' Abdullah: ok

HASLINDA BTE. RAMLEE LINDA: kitab tu ado 1 buah jea kt ptsl...hu8..

HASLINDA BTE. RAMLEE LINDA: dh la kitab lame..jenuh dok cri..nsib baik jupo..huhuuuu..

HASLINDA BTE. RAMLEE LINDA: x tido lg ko?

wahdatulnissa' Abdullah: hhehe buka spin jap td

wahdatulnissa' Abdullah: duk bilik zati..

HASLINDA BTE. RAMLEE LINDA: oooo...kak inda dok edit skrip drama...

HASLINDA BTE. RAMLEE LINDA: heheee..

HASLINDA BTE. RAMLEE LINDA: mggu dpn kot nk ata...

HASLINDA BTE. RAMLEE LINDA: jom la join skali...

HASLINDA BTE. RAMLEE LINDA: heheee..

wahdatulnissa' Abdullah: huhuhu

wahdatulnissa' Abdullah: insya Allah

Tengok ayat nya.. selalu menyuruh ana mengikuti jejak langkahnya untuk menulis ...

Oleh sebab itu.. tetiba cari ini menaip perkataan skrip drama radio.. terdapat pelbagai maklumat.. pastu klik dekat,,, JAKIM,, untuk sumbangan karya.. bacalah ape yang diperlukan,, pastu terbaca blog sape tak ingat alamatnya.. dia pun siap bagi tempat2 yang mana yang boleh kita sumbangkan karya,,, ini menunjukkan betapa pentingnya karya dan memerlunya kita punya sumbangan idea untuk membentuk masyarakat yang berilmu dan minat dalam bidang penulisan ana juga terbaca berkaitan dgn cara-cara menulis dengan baik,,,ape kriteria yang perlu ada sedikit sebanyak dapat membantu ana memahami dalam dunia penulisan dan seangkatan dengannya hehhe.. tetiba mata ini terlelap depan laptop.... sampai subuh baru bangun tidak sempat postingkan dalam blog keesokkannyalah sambungnya,, hehehe

Berikut antara tempat karya yang boleh kita sumbangkan sebenarnya banyak lagi semalam sempat jumpa ini je...

Jom Ambik Peluang..

Pelawaan Sumbangan Karya Dan Manuskrip

Bahagian Penerbitan JAKIM sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk karya/manuskrip yang ingin diterbitkan selaras dengan objektif bahagian penerbitan iaitu membangunkan pemikiran ummah dan menyebarkan dakwah melalui bahan-bahan bercetak berunsur Islam dalam pelbagai bidang sama ada karya kreatif dan bukan kreatif.

Pengarang berhak menyunting karya yang hendak diterbitkan dan setiap karya yang dihantar akan dinilai dan mendapat persetujuan serta kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Media Cetak. Hanya karya yang diluluskan sahaja akan diterbitkan dan karya yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan akan ditolak. Setiap karya yang telah diterbitkan akan dibayar.

Sumbangan bolehlah dihantar kepada Pengarah Bahagian Penerbitan atau e-mailkan kepada:

1. Pengarah Penerbitan - madsaari@islam.gov.my

2. Penolong Pengarah Buku Umum (PP(P) BU) – norliza@islam.gov.my

3. Penolong Pengarah Risalah dan Rampaian (PP(P) RR) – esma@islam.gov.my

4. Penolong Pengarah Majalah Sinar Rohani (PP(P) SR) – marzulina@islam.gov.my

5. Penolong Pengarah Majalah Cahaya (PP(P) MC) – cahaya@islam.gov.my

6. Penolong Pengarah Majalah Pendidik ( PP(P) MP) – didik@islam.gov.my


1. Segmen NUKILAN IKIM.fm

nukilan@ikim.gov

2. Akhbar Warta Perdana

nurul.eyda@gmail.com

3. Berita Minggu

bhsastera@nstp.com.my

4. Mingguan Malaysia.

labuan02@yahoo.com atau kuseman@pc.jaring.my

5. Dewan Sastera-hantar kepada kedua-dua e-mail

rohaya@dbp.gov.my

rozninah@dbp.gov.my

6. Majalah CAHAYA JAKIM

cahaya@islam.gov.my

7. Majalah Dewan KOSMIK

Editor Dewan KOSMIK

Bahagian majalah,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Peti surat 10803,

50926 K.L.

http://berita-harian-online.com/tag/hantar-artikel-berita-harian-online-blog-percuma/

http://www.sinarharian.com.my/rencanaView.asp


Selain daripada itu terdapat ruangan majalah dan saluran lain juga yang tidak dapat ana nak sebutkan mungkin terlampau banyak majalah bagaikan "cendawan tumbuh selepas hujan "wujudnya,,,yang mengharapkan karya-karya kita semua,, yang penting kreatif, berpengetahuan dan rajin menulis.betul tak,,

Jagan sedih andai tidak terpilih yang penting berani mencuba,, ini pun peringatan untuk diri ana sendiri,,,,yang penting ikhlas.....

Selamat Menulis tidak kira dimana sahaja curahkan segalanya yang tersirat,,,

Wallahuallam,,,

sumber: pelbagai

0 ulasan: