BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Renungkanlah,,

Cari Blog Ini

Rabu, 30 Disember 2009

Isu pendidikan~~~

Lantikan lulusan sarjana pendidikan ikut kekosongan: Puad

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20091230140420/Article/index_html

PUTRAJAYA: Pelantikan lulusan Sarjana Muda Pendidikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai guru bergantung kepada pengkhususan yang dipilih serta kekosongan jawatan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, tidak semua graduan bidang itu dapat diterima kerana terdapat juga lepasan daripada institusi pendidikan guru yang diberikan latihan mengikut keperluan semasa.

"Masalah sekarang ialah graduan lepasan pendidikan IPTA melebihi penawaran. Kita kenalah tengok pengkhususan dan opsyen yang dipilih oleh graduan IPTA itu, mungkin bidang yang dipilih graduan itu sudah mencukupi buat masa ini," katanya di sini, hari ini ketika mengulas rungutan lepasan IPTA dalam bidang pendidikan bahawa mereka sukar mendapat pekerjaan sebagai guru.

 Mohd Puad berkata, pengadu boleh mengemukakan aduan kepada kementerian yang akan membantu mencari jalan penyelesaian.

Terdahulu, beliau merasmikan Hari Kualiti dan menyampaikan Anugerah Kualiti peringkat Kementerian Pelajaran.

Pada majlis itu, Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran menerima Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Teras Jabatan Pelajaran Perak memenangi Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, manakala Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Pelajaran dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Alor Setar, Kedah. - Bernama

0 ulasan: