BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Renungkanlah,,

Cari Blog Ini

Isnin, 11 Mei 2009

**:Pelbagai Yang Terlintas Difikiran:**

Photobucket

Photobucket

Alhamdulillah.... terasa sedih pun ada gembira pun ada.. mana tidaknya selama ini ana tak berkesempatan untuk menulis dan mengupdate blog yang sedia ada dan cuba untuk ana miliki selama ini terbiar begitu sahaja,, Ya Allah berikan ku kekuatan.. dan ma'rifahmu agar diri ini mempunyai semangat untuk terus berbicara dan menulis dengan hati bukan sekadar mengupdate sahaja malah diri ini sentiasa istiqamah dalam meneruskan tujuan sebenar kehidupan kita di dunia ini.
Photobucket
Bulan ini bulan 5.
Pelbagai sambutan dan isu yang terjadi malahan Sebagai pelajar pula sesetangah IPTA dan IPTS pula mula menerima pelajar untuk kemasukan semesta baru dan bagi IPTA pula,, sesi pengajian short sem pula bemula,, bagi yang menggambil foundation kelas sudah bermula hari ini.. tapi bagi ana kelas mula hari rabu dan khamis ini. Terasa bedebar-debar juga ya.. mungkin,, kebiasaan permulaan setiap sesuatu perkara memang begitu.. Insya Allah ana akan berdoa semoga dipermudahkan Ya Allah.
Photobucket

Bulan 6 pula sem baru juga tapi dah masuk tahun 3 pula ana belajar kat ukm ini. Terpikir dan mula menganalis diri apa lah sumbangan ana semasa dah hampir dua tahun dah ana berada di UKM Bangi ini. Harapan diri,, semoga hari ini lebih baik dari semalam.. selepasa sahaja habis dari exam paper last pada 8.5.09 diri mula mengkoreksi diri apa yang perlu dibuat untuk mengisi masa lapang ana... ana berhajat untuk mengupdate blog.. walaubagaimanapun mesti capai target tu.. kemudian rasa nak habiskan bahan bacan yang ana pinjam dari sahabat ana buku itu ana lihat masa pesta buku d PWTC tp ana tidak beli,, tapi ana bersyukur sebab sahabat baik ana beli dan membenarkan ana meminjamnya.. wah... bersyukur sangat,,, sebenarnya bukan ana tak nak beli waktu itu,,, ana baru first time sampai dekat pesta buku PWTC sebelum ini ana nak p tp ada halangan yang menyebabkan tidak dapat bersama-sama sahabat ana untuk ke sana pada tahun satu ana belajar di UKM, dan tak bercadang dan berfikit buku apa yang nak di beli.. tapi sebelum pulang ana sempat juga,, singgah di booth Telaga Biru dan membeli majalah Solusi untuk dibawa pulang,,, walaubagaimanapun ana berasa tidak puas hati... keesokkan harinya,, ana dan sahabat anan mengirimkan wang dan beberapa buah tajuk buku untuk dibelikan ,,, kerana sepatutnya kami perlu membelikan sebuah buku untuk guru talaqi kami dan dua org sahabat baik kami,, tapi kami terlupa mungkin disebabkan keadaan persekitaran dan ramainya pengunjung yang datang ke sana.

PhotobucketBercerita pula berkaitan hari ibu...
ana sebenarnya,, ingin mengetahui bila sebenarnya hari ibu.. kerana 10.5 setiap tahun adalah tarikh lahir mama kesayanganku... bertepatan pula,, sambutan hari ibu.. walaubagaimana pun, ana sempat pulang kerumah pada 27.4 aritu kerana terasa rindu sangat kat mama,ayah dan keluaraga. Tetapi, tarikh untuk ana datang balik kat ukm 3.5.. kebetulan 4.5 tarikh lahir adik lelaki ana dia sama bulan dengan mama ana,, walaubagaimanapun sebelum ana bertolak balik,, sempat juga ana belikan kek buat mama dan saiful... alhamdulillah.. bukan itu sebenarnya yang mama nak,, kata mama pada ana.. tapi ana sebenarnya suka buat orang yang kita sayang sebagai tanda penghargaan dan sebagai tanda kegembiraan. kita sepatutnya, berterima kasih dan lakukan solat hajat dan doaka santiasa buat semua yang kita sayang. Disamping itu, semua perkara mesti kita akan ingat mama tak kisahlah panggil emak kita macam mana yang penting kita ingat jasa mereka yang membesarkan kita dan ingat sewaktu kita mula dilahirkan betapa gembiranya mereka jika kita lahir dalam keadaan selamat setelah sekian lama mereka mengandungkan kita dan menjaga kita sehingga sampai ke tahap sekarang ... tanpa ibu siapa lah diri ana,, terima kasih mama teringat pula lagu nasyid kumpulan Hijjaj-

BPhotobucketelaian Ibu
Album : DamaiMunsyid :
Hijjazhttp://liriknasyid.com

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh? ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu Oh? Ibu
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Susunan Muzik : Along Exist, Isman Isam
Penerbit : Zahid, Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records
Bercerita tentang hari ini...
berkesempatan menemani sahabat ke KUIS...
Alhamdulillah, anank sedaranya dapat melanjutkan pengajianya di KUIS. Alhamdulilah sampai di sana sempat berkenalan dengan sahabat-sahabt yang seaqidah dengan kita.. syukran sahabt.. dimana sahaja kita berada mulakanlah dengan senyuman dan salam,, itukan satu amalan yang mulia dan satu doa yang mudah diamalkan,, untuk kita berukhwah kerana Allah. amien.
isu-semasa hari ini pula,,

Photobucketsetelah sekian lama dan beberapa bulan isu- politik malaysia yang kurang stabil bergema,, tibalah masanya untuk membawa kepada keputusan yang muktamad tahniah diucapkan,,, yang benar pasti menang iaitu:
DATUK Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraikan kemenangan bersama penyokongnya selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau Menteri Besar Perak yang sah.

emm.. nampaknya,, itulah,, sedikit kalam yang berbicara mengikut suara hati..

0 ulasan: