BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Renungkanlah,,

Cari Blog Ini

Selasa, 12 Mei 2009

..""jadikan hafalan itu satu kewajipan""..

Photobucket

Bersyukur kehadirat ilahi.. arini ana berazam untuk menghafal al-Quran.. bermula dari juzuk 29-30. Memandangkan kelas faoundation hanya ada hari rabu dan khamis, anan mula menyusun masa untuk menghafal. walaubagaimanpun, dalam sesi penghafalan Ana terasa sungguh tenang.. kebisaan proses menghafal memang ada kesusahan dan kemasalahan . maklumlah lama dah ana tidak menghafal. Aduh terasa takut pula anan, mengenangkan bagaimana rasanya, amalan yang selalu diamalkan sewaktu disekolah menengah yang mana setiap kali madah bahasa arab dan al-quran mesti kena hafal.. apa agaknya balasan orang yang melupai hafazan-hafazan yang dihafalnya sebelum ini,,??
walaubagaimanapun,, ana cuba sedaya upaya untuk istiqamah dalam usaha yang mulia dan murni ini,, bagi memantapkan lagi ingatan ana,,, dalam melayari internet anan cube menggunakan enjin pencarian google dan yahoo untuk mencari apakah tip-tip dan kaedah yang boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk sama2 kita manfaatkan dan menggamalkan,, hafalan al-Quran.

Kaedah atau panduan nak hafaz Al-Quran adalah seperti berikut :


1. Sebagai contoh, kita nak hafaz Surah Al-Ikhlas. Surah ini ada 4 ayat. Sediakan jadual seperti di bawah sebagai panduan dan catatan progress hafazan kita.
Nama Surah : Al_Ikhlas

Tarikh Ayat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45
46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60
5/10/2000 1 / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
6/10/2000 2 / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
6/10/2000 1 - 2 / / / / / / / / / /
8/10/2000 3 / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
9/10/2000 1 - 3 / / / / / / / / / /
11/10/2000 4 / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
11/10/2000 1 - 4 / / / / / / / / / /


2. Keterangan mengenai jadual di atas adalah seperti berikut : (Surah Al-Ikhlas sebagai contoh)

a. Tarikh - Tarikh di mana anda menghafaz ayat Surah Al_Ikhlas. Sebagai contoh pada 5/10/2000 anda mencuba menghafaz Surah Al_Ikhlas bermula dari ayat pertama.

b. Ayat - Nombor ayat Surah Al_Ikhlas. Nombor 1 bermakna ayat pertama Surah Al_Ikhlas. Nombor 2 bermakna ayat kedua Surah Al_Ikhlas. Nombor 1-2 bermakna ayat pertama hingga kedua Surah Al_Ikhlas. Nombor 3 bermakna ayat ketiga Surah Al_Ikhlas. Nombor 1-3 bermakna ayat pertama hingga ketiga Surah Al_Ikhlas. Begitulah seterusnya hingga nombor 1-4 iaitu ayat pertama hingga keempat Surah Al_Ikhlas.

c. Kotak 1 hingga 60 - Anda dikehendaki membaca, mengulang atau menghafaz sebanyak 60 kali setiap satu ayat. Maknanya anda dikehendaki membaca, mengulang atau menghafaz ayat pertama (1) sebanyak 60 kali, ayat kedua (2) sebanyak 60 kali, ayat ketiga (3)sebanyak 60 kali. Begitulah seterusnya bagi ayat keempat (4) Surah Al_Ikhlas 60 kali. Kaedah bacaan adalah dengan 5 kali buka dan 5 kali tutup sehingga jumlahnya 60 kali. Bacaan ayat-ayat sebaik-baiknya mengikut tajwid Al_Quran.

d. Bagi kumpulan ayat seperti ayat pertama hingga kedua (1-2), ayat pertama hingga ketiga (1-3) dan ayat pertama hingga keempat (1-4), anda dikehendaki membaca, mengulang atau menghafaz sebanyak 10 kali sahaja.

e. Anda dikehendaki menandakan (/) pada kotak-kotak kosong bagi ayat yang berkenaan setiap kali anda membaca, mengulang atau menghafaz setiap ayat atau kumpulan ayat tersebut.

f. Pembacaan, ulangan atau hafazan ayat Al_Quran bergantung kepada keupayaan, jumlah masa yang mampu kita peruntuk_kan serta panjamg atau pendek ayat itu. Dalam contoh Surah Al_Ikhlas di atas, sipolan bin sipolan memulakan pembacaan ayat pertama pada 5/10/2000 dan menamatkan hafazan ayat pertama hingga keempat pada 11/10/2000. Ia mengambil masa selama 11 hari untuk menghafaz Surah Al_Ikhlas. Namun begitu kita digalakkan supaya berIstiqamah dalam menjalankan sesuatu perkara kebaikan. Ulangan bacaan ayat walaupun sedikit tetapi dibuat setiap hari akan meningkatkan ingatan hafazan kita.



Mengapa 60 kali pembacaan, ulangan atau hafazan sesuatu ayat?
Menurut Ustaz Mohd. Shafie Al_Hafiz, otak manusia boleh mengingati sesuatu maklumat secara kukuh dengan pembacaan, ulangan atau hafalan sebanyak 120 kali. Walaubagaimanapun, 60 kali pembacaan, ulangan atau hafalan sudah dikira memadai untuk diterima oleh otak manusia. Jikalau anda berupaya untuk membuat pembacaan, ulangan atau hafalan sebanyak 120 kali atupun lebih adalah satu kelebihan buat diri anda sendiri. Ianya bergantung kepada keupayaan diri masing-masing. Wallahuaklam.


Beberapa pengajaran lain yang diperolehi daripada seminar yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Shafie Al_Hafiz adalah seperti berikut :

a. Menghafaz itu mudah
• Kaedah yang betul, memudahkan lagi penghafazan Al_Quran.
• Firman Allah swt "Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al_Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran ?" (Surah Al_Qamar : 17)

b. Istiqamah
• Melatih kita berkekalan (Istiqamah) di dakam amalan kebaikan walaupun sedikit.
• Tanda Istiqamah ialah kita berterusan di dalam amalan kita walau bagaimana susah sekalipun.
• Jikalau kita sanggup beristiqamah di dalam perkerjaan, kita tiada alasan tidak boleh beristiqamah di dalam menghafaz Al_Quran yang mana menjanjikan kebaikan yang banyak.

c. Bersabar
• Melatih kita menghargai sesuatu benda yang sedikit, tidak tergopoh-gapah untuk mendapatkan sesuatu yakni menundukkan sifat keluh kesah, kerana konsep menghafaz Al_Quran ini adalah biar sedikit asalkan dapat dipegang hafalan itu dengan kuat & kukuh.

d. Mengasah Akal & Memberi Kekuatan Minda
• Melatih akal fikiran kita memberi tumpuan sepenuhnya kepada sesuatu subjek bagi menguasainya. Menghafaz Al_Quran perlu kepada minda segar dan tumpuan yang tidak berbelah bahagi. Latihan seperti ini amat berharga kepada kita kerana ianya memberi kekuatan minda yang mana Insya Allah kita berupaya menguasai perkara-perkara lain dengan mudah dan cepat.

e. Menanamkan Sifat Merendah Diri
• Menanamkan sifat merendah diri, kerana menyedari bahawa tanpa pertolongan Allah swt, kita tidak akan berjaya meletak-kan Al_Quran di dalam hati kita. Ini mengajar kita sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan, tidak takabbur di atas kelebihan yang diberikan oleh Allah swt kepada kita, samada dari segi kepandaian, kekayaan dll.

f. Melatih Menghargai Masa
• Aktiviti lagha (lalai) dapat dikurangkan , jika ianya tidak dapat dihentikan sepenuhnya.
• Al_Quran yang dihafaz boleh dibaca pada bila-bila masa seperti di dalam kereta, waktu berjalan, berzikir dll.

g. Sifat Kerisauan Terhadap Al_Quran
• Penghafaz Al_Quran akan merasa risau jika sekiranya Al_Quran tidak diulang. Perasaan ini adalah merupakan satu rahmat yang besar yang dikurniakan oleh Allah swt kepadanya.


Sebab_Sebab Lupa :
• Hafazan baru yang tidak betul-betul mantap.
• Bilangan ayat Al_Quran yang dihafaz pada sesuatu masa terlalu banyak.
• Tiada jadual mengulang hafazan yang sistematik.
• Maksiat yang dilakukan.



KITAB BIMBINGAN MUKMIN - Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali

Kitab Adab Membaca al-Quran

Allah s.w.t. telah mengurniakan ke atas hamba-hambaNya dengan mengutuskan NabiNya (Muhammad s.a.w.) dan menurunkan kitaNya (al-Quran) yang tiada didatangi kebatilan dari hadapan atau dari belakang, sehingga terbentang luas bagi para ahli fikir jalan mengambil I’tibar atau contoh tauladan daripadanya; iaitu dikeranakan ianya mengandungi banyak cerita dan berita. Dengan adanya al-Quran, nyata dan teranglah bagi ummat manusia jalan kukuh yang harus ditujui dan titian lurus yang harus dilalui, kerana di dalam al-Quran itu terdapat berbagai-bagai hukum yang memperbedakan di antara yang halal dengan yang haram. Al-Quran itu laksana cahaya yang menerangkan yang aman dengannya manusia akan terselamat daripada kemegahan diri, dan sebagai penawar yang mengubati segala jenis penyakit yang bersaarang di dalam hati. Barangsiapa berpegang teguh dengan al-Quran, niscaya ia akan terbimbing untuk mendapat petunjuk dan barangsiapa mengamalkan kandungannya niscaya ia akan berjaya dan bahagia.

Berfirman Allah di dalam al-Quran:

“Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan peringatan (al-Quran) dan Kami pasti memeliharanya.” (al-Hijr. 9)
Di antara sebab-sebab yang menentukan terpeliharanya al-Quran di dalam hati sanubari dan di dalam mashaf-mashaf, ialah mengamalkan pembacaannya selalu dan mendalami maksud-maksudnya terus-menerus dengan memerhatikan adab-adab dan syarat-syaratnya, kemudian menurut segala arahan yang terkandung di dalamnya tentang amalan-amalan kebatinan dan tata kesopanan yang lahir. Yang demikian itu amatlah penting sekali untuk diterangkan dan diperincikan.


Keutamaan al-Quran dan pembacanya

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Barangsiapa membaca al-Quran kemudian ia merasakan ada orang lain yang dikurniakan keutamaan melebihi apa yang telah di kurniakan Allah kepadanya, maka sebenarnya ia telah memperkecilkan sesuatu yang telah dibesarkan oleh Allah Ta’ala.”
Sabdanya yang lain:

“Seutama-utama ibadat ummatku, ialah membaca al-Quran.”
Sabdanya lagi:

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya pula.”
Ibn Mas’ud telah berkata: Sekiranya anda inginkan ilmu pengetahuan, maka pelajarilah al-Quran, kerana sesungguhnya al-Quran itu mengandungi ilmu-ilmu para ahli yang terdahulu dan yang terkemudian.

Berkata amru Ibnul-‘As: Barangsiapa membaca al-Quran, maka sebenarnya telah berada di sampingnya darjat kenabian, hanya dia tiada dituruni wahyu saja.

Selanjutnya ada sebuah Hadis dari Rasulullah s.a.w. yang mencela orang-orang membaca al-Quran, padahal mereka lalai untuk melaksanakan pengajarannya, sabdanya:

“Tiada dikira beriman dengan al-Quran orang yang menghalalkan segala larang-larangannya.”
Sabdanya lagi:

“Bacalah al-Quran selagi ia dapat menegahmu (dari melakukan perkara-perkara yang dilarangnya) maka sekiranya ia tiada dapat menegahmu berertilah engkau belum membacanya.”
Anas pula berkata: Sungguh banyak sekali orang yang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran malaknatinya.

Berkata Ibnu Mas’ud Al-Quran itu diturunkan untuk diamalkan segala ajarannya, maka hendaklah kamu menjadikan pengajarannya sebagai amalan-amalan yang dibuat sehari-hari. Sesungguhnya ada orang di antara kamu yang membaca al-Quran dari awal hingga ke akhirnya, tiada sehuruf pun yang ditinggalkannya, tetapi dia meninggalkan untuk beramalan dengannya.

Setengah ulama berkata: Sesungguhnya seorang hamba itu akan membaca Al-Quran, dan ia akan melaknati dirinya, sedang ia tidak sedar akan kelakuannya; iaitu bila dia membaca: alaa la’na tullaahi ‘alazh-zhaalimin (Awas! Laknat Allah ditimpakan ke atas orang-orang yang zalim), padahal orang itu berlaku zalim terhadap manusia. Ataupun dia membaca: alaa la’natullaahi ‘alal-kaazibiin (Awas! Laknat Allah ditimpakan ke atas orang-orang yang berdusta), padahal dia selalu berdusta.


Tertib lahiriah dalam membaca al-Quran

Dalam membaca al-Quran ada beberapa hal yang harus diperhatikan iaitu:

Pertama: Hendaklah ia berada dalam keadaan berwudhu’ terus menerus dengan penuh adab dan tenang. Dia boleh membaca secara berdiri ataupun duduk, tetapi sebaik-baiknya menghadap kiblat, menundukkan kepala, tidak duduk secara bersilang kaki, tidak bersandar ataupun duduk seperti duduknya orang-orang yang sombong (takabbur). Kiranya ia membaca al-Quran tanpa berwudhu’, atau dalam keadaan berbaring di atas tempat tidur tidak ada salahnya hanya pahalanya kurang.

Allah telah berfirman:

“Iaitu mereka yang mengingati Allah (berzikir) dalam keadaan berdiri dan duduk dan ketika berbaring serta memikirkan tentang kejadian petala langit dan bumi.” (al-Imran: 191)
Allah s.w.t. telah memuji mereka mengingati Allah dan memikirkan penciptaan langit dan bumi, bermula dengan orang yang berzikir dalam keadaan berdiri, kemudian yang dalam keadaan duduk dan seterusnya dalam keadaan berbaring.

Kedua: Dalam kadar pembacaan al-Quran setiap hari, kerana bagi orang-orang yang membaca al-Quran itu ada beberapa cara dan adat dalam membacanya sama ada banyak atau sedikit. Tetapi cara yang dipilih dari Usman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud dan Ubai bin Ka’ab radhiallahu-anhum dilakukan pengkhataman bacaan Al-Quran pada tiap-tipa hari Juma’at dengan dibahagikan bacaannya kepada tujuh hizib (bahagian al-Quran)

Ketiga: Membaca Al-Quran dengan tartil atau memperelokkan bacaannya dengan lagu atau tajwid. Yang demikian itu adalah sangat-sangat dituntut dalam cara membaca al-Quran, kerana tujuan utama membacanya ialah memikirkan maksud-maksudnya. Cara membacanya dengan tartil itu akan dapat menolong memahami maksud-maksudnya. Sebab itu Ummu Salamah r.a. bila membaca al-Quran sering mencontohi bacaan Rasulullah s.a.w dan membacanya seolah-olah ia sedang mentafsirkan huruf demi huruf dari al-Quran itu.

Ibnu Abas r.a. pula berkata: Bagiku jika membaca surah al-Baqarah dan surah ali-Imran dengan penuh tartil dan memahami semua maksud-maksudnya adalah lebih aku utamakan daripada membaca seluruh al-Quran secara sambil lalu saja.

Nyatakan, bahawasanya membaca al-Quran dengan tartil dan tertib satu persatu itu lebih dekat kepada tanda penghargaan dan penghormatan dan akan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hati daripada membacanya secara tergesa-gesa dan sambil lewa saja.

Keempat: Menangis ketika membacanya. Ini adalah sangat dituntut dan puncanya tentulah dari kehibaan di hati, ketika ia memikirkan tentang ayat-ayat yang berunsur ancaman dan kecaman serta-serta janji-janji Allah yang disediakan terhadap orang-orang yang melanggar perintah-perintahNya. Dalam pada itu hendaklah ia mengira-ngira dirinya yang selalu mencuaikan perintah-perintah Allah dan laranganNya lalu ia merasa sedih dan hiba, dan pada ketika itu tentulah ia akan menangis.

Kelima: Hendaklah ia memberikan pada setiap ayat yang dibacanya itu haknya. Bila sampai membaca ayat Sajadah, hendaklah ia membuat Sujud Tilawah (Sujud Bacaan). Begitu juga, sekiranya ia mendengar ayat Sajadah itu dibaca oleh orang lain, hendaklah ia bersujud tilawah juga. Tetapi janganlah bersujud melainkan ia dalam keadaan suci yakni ada wudhu’. Cara bersujud tilawah itu ialah bertakbir Takbiratul-ihram dengan mengangkat kedua tangannya dulu, lalu bertakbir lagi membuat sujud dan sesudah sujud bertakbir pula, kemudian duduk semula, kemudian salam.

Keenam: Hendaklah ia memuliakan membaca al-Quran itu dengan terlebih dulu membaca:

“Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Mengetahui daripada syaitan yang terkutuk”.
Kemudian teruskanlah membaca ayat al-Quran itu dan bila sampai kepada ayat tasbih, hendaklah ia bertasbih dan bertakbir. Bila sampai kepada ayat yang memberikan janji-janji yang baik, hendaklah ia meminta agar diberikan kurnia Allah dan rahmatNya. Begitu juga bila sampai kepada ayat yang menjanjikan ancaman dan siksaan, hendaklah ia meminta perlindungan Allah daripadanya. Semua doa ini boleh dilakukan dengan menyebutnya dengan lidah, yakni memohon dengan berdoa atau membacanya di dalam hati saja.

Ketujuh: Membaca al-Quran dengan suara rendah kerana yang demikian itu adaalah lebih selamat daripada riya’ dan menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Cara ini adalah utama bagi orang yang bimbang dirinya akan tercebur ke dalam riya’ Tetapi jika ia tiada bimbang akan timbul sifat riya’ dalam dirinya, dan jika ia membaca dengan suara yang nyaring itu tiada pula mengganggu orang yang sedang bersembahyang maka dalam keadaan yang seumpama itu, membaca al-Quran dengan suara yang tinggi atau nyaring itu lebih utama, sebab kebanyakan bacaan yang diamalkan ialah dengan suara yang tinggi. Selain itu, membaca dengan suara yang tinggi itu akan menghidupkan hati dan menarik perhatian untuk memikirkan ayat-ayat yang dibacanya, dan ia juga akan menolak rasa mengantuk dan menambah tenaga untuk membaca terus dan mengurangi perasaan malas. Bila lengkap pada diri seseorang itu semua sifat-sifat yang disebutkan ini, maka hendaklah ia membaca dengan suara yang tinggi atau nyaring, sebab baginya itulah yang utama.

Kelapan: Memperindahkan bacaan al-Quran dan mentertibkannya jangan sampai dibacakan terlalu panjang, sehingga merosakkan susunannya, dan yang demikian itu adalah sunnat hukumnya.

Ada sebuah Hadis berbunyi:

“Perindahkanlah (bacaan) al-Quran dengan suara kamu.”
Hadis yang lain pula:

“Tiada dikira dalam golongan kami, orang yang tiada membacanya dengan suara yang baik”
maksud dari suara yang baik di sini, ada yang mengertikan dengan melagukan al-Quran lain dengan mengiramakannya. Dan yang lain lagi dengan mengulangi-ulangi iramanya, dan maksud yang terakhir ini lebih dekat pada istilah ahli bahasa.

Pernah Rasulullah s.a.w. mendengar Abu Musa al-Asy’ari melagukan al-Quran, lantas baginda bersabda: Sesungguhnya orang ini telah dikurniakan suara seperti seruling keluarga daud. Dalam suatu riwayat yang lain ada dikatakan bahawa para sahabat Rasulullah s.a.w bila terkumpul dalam suatu majlis disuruhnyalah salah seorang di antara mereka membaca suatu surah dari al-Quran.


Tertib batiniah dalam membaca al_Quran

Dalam membaca al-Quran secara batiniah tujuh perkara:

Pertama: Memahami kebesaran percakapan (firman) atau percaya apa yang terkandung di dalam al-Quran dan ketinggiannya, serta kemahaAgungan Allah s.w.t. dan kemahaRahmatNya ke atas sekalian makhlukNya dalam menyampaikan segala percakapanNya sesuai dengan fahaman mereka.

Kedua: Mengagungkan Zat Allah yang berfirman. Orang yang membaca al-Quran terlebih dulu hendaklah menghadirkan di dalam hatinya Zat Allah yang berfirman, agas ia sentiasa maklum bahawa segala firman yang dibacanya itu bukanlah dari percakapan manusia. Dan kemahaAgungan Allah tidak akan muncul di dalam hati, selagi tiada dapat membayangkan sifat-sifat kebesaran Allah Ta’ala dan kemahaAgungNya dan segala perbuatan-perbuatanNya. Andaikata ia dapat menggambarkan di dalam hatinya, betapa hebatnya Arasy dan Kursi langit dan bumi dan segala isinya daripada jin manusia, binatang-binatang, pohon-pohonan, dan ia mengetahui dengan penuh keyakinan, bahawasanya pencipta semua itu dan pengusaannya serta pemberi rezekinya ialah Satu dan Esa dan segala-galanya adalah di dalam genggaman kudratNya, sentiasa terdedah di antara menerima kelebihan dan rahmatNya ataupun menerima siksa dan kemukaanNya. Kiranya Dia (Allah) mengurniakan kenikmatan, maka demikian itu dengan rahmatNya; dan kiranya Dia meyeksa maka yang demikian itu adalah dengan keadilanNya. Dengan memikirkan hal-hal yang serupa inilah, akan hadir di dalam hati penghormatan terhadap Zat yang berfirman; iaitu Allah s.w.t. dan akan hadir sama juga penghormatan terhadap percakapanNya.

Ketiga: Menghadirkan hati ketika dalam membaca al-Quran serta meninggalkan segala terlintas dari unsur-unsur lain dan mengosongkan hati daripanya, agar semua tumpuan terhala kepada bacaan membaca surah al-Quran sedang hatinya lalai daripadanya, segera akan diulangi semula pembacaannya. Sifat ini timbul kerana penghormatan yang telah kita bicarakan sebelum ini, sebab orang yang menghormati percakapan Allah itu, apabila ia membaca al-Quran itu perkara-perkara yang akan mengembirakan hati, apabila si pembacanya ahli dalam perkara-perkara itu. Jadi apalah gunanya lagi untuk mencari kelapangan hati dengan memikirkan selain dari isi al-Quran, kalau al-Quran sudah boleh memberikannya.

Keempat: Memikirkan erti-erti al-Quran dan ini akan terlaksana dengan hadirnya hati ketika membaca al-Quran, sebab mungkin sekali ia tidak memikirkan selain dari al-Quran, tetapi ia hanya mementingkan pendengaran al-Quran buat dirinya sendiri, sedangkan ia tiada pula memahami maknanya. Padahal maksud dari membaca al-Quran itu telah memikirkan makna-maknanya. Kerana itulah disunnatkan membacanya dengan tartil, sebab tartil pada lahirnya akan membolehkan pembaca memikirkan maknanya secara batiniah:

Berkata Ali r.a.: Tiada gunanya sesuatu ibadat yang dilakukakan tanpa ilmu pengetahuan dan bacaan al-Quran yang dilakukan tanpa memikirkan maknanya.

Andaikata dia tidak mampu memahami maknanya melainkan dengan berulang-ulang membacanya, maka hendaklah mengulang pembacaannya itu, kecuali jika dia sedang bersembahyang di belakang Imam. Pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bangun di tengah malam (bersembahyang) membaca suatu ayat yang diulang-ulanginya berkali-kali.

Kelima: Memahamkan tujuannya iaitu menerangkan setiap ayat sesuai dengan maksudnya yang sebenarnya, sebab al-Quran itu mengandungi berbagai-bagai perkara: di antaranya sebutan mengenai sifat-sifat Allah azzawajalla dan perbuatan-perbuatanNya, cerita dan peristiwa mengenai para Nabi serta kaum-kaum yang mendustakannya dan bagaimana pula mereka telah menemui ajal mereka masing-masing Al-Quran juga mengandungi perintah-perintah Allah dan larangan-laranganNya, dan berita-berita mengenai syurga dan neraka.

Mengenai sifat-sifat Allah azzawajalla, firmaNya:

“Tiada sesuatu pun yang menyerupaiNya dan Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Melihat.” (as-Syura: 11)
“Dia (Allah) adalah Maha Raja Maha Suci, Maha Penyelamat, Maha Pembawa Keamanan, Maha Pelindung, Maha Mulia, Maha Perkasa dan Maha Meninggi Diri.”
Maka sewajarnyalah setiap manusia memerhatikan pengertian dari nama-nama dan sifat Allah tersebut, agar tersingkap baginya rahsia-rahsianya.

Adapun mengenai perbuatan-perbuatan Allah Ta’ala itu, iaitu seperti yang disebutkan dalam ayat-ayat mengenai penciptaanNya terhadap petala langit dan bumi dan sebagainya, maka sewajarnyalah si pembaca tadi memahami pula sifat yang bagaimana yang disifati oleh Allah Ta’ala, kerana perbuatan itu menunjukkan adanya yang mencipta dan demikian pula terbuktilah bahawa kebesaran penciptaanNya itu menunjukkan kepada kebesaran Pencipta. Dan adalah wajar sekali bagi seseorang menyaksikan dalam sesuatu penciptaan itu penciptanya, bukan semata-mata mementingkan penciptaannya saja. Orang yang sudah kenal kepada yang hak, tentulah akan melihat hak itu pada setiap sesuatu.

Maka oleh itu, apabila seseorang membaca firma Allah Ta’ala seperti berikut:

“Tidakkah kamu perhatikan apa yang kamu tanam? (al-Waqi’ah: 63)
“Tidakkah kamu perhatikan air mani yang kamu tumpahkan?” (al-Waqi’ah: 58)
“Tidakkah kamu perhatikan air yang kamu minum?” (al-Waqi’ah: 68)
“Tidakkah kamu perhatikan apa yang kamu nyalakan?” (al-Waqi’ah: 71)
Maka janganlah pemandangannya hanya tertuju kepada air, api, tanaman dan air mani semata-mata, malah hendaklah ia memerhatikan lebih jauh dari itu. Misalnya air mani mula-mula ia hanya merupakan setitik air saja yang sama rupanya, kemudian hendaklah ia memerhatikan betapa setitik air itu boleh berubah menjadi beberapa bahagian seperti daging, tulang-belulang, urat-urat dan otot. Kemudian bagaimana pula bahagian-bahagian ini terbentuk menjadi anggota-anggota badan seperti kepala, tangan, kaki, jantung, hati dan lain-lain lagi. Kemudian dari anggota-anggota tersebut terbentuk pulalah sifat-sifat yang mulia bagi manusia, dari sifat-sifat pendengaran, penglihatan, akal fikiran dan lain-lain lagi. Kemudian muncul pula daripadanya, sifat-sifat yang tercela seperti sifat-sifat kemarahan, kesyahwatan, kecongkakan, kebodohan, kebohongan dan penentangan, sebagaimana yang boleh difirmankan oleh Allah Ta’ala.

“Tidakkah manusia itu melihat bahawasanya Kami (Allah) telah menciptakannya dari setitik air mani, tiba-tiba ia menjadi pula seorang penentang yang nyata.” (Yasin: 77)
Cubalah kita perhatikan perkara-perkara ajaib ini, agar kita boleh dapat meningkat pula kepada perkara-perkara yang lebih besar lagi ajaibnya; iaitu penciptaan yang daripadanya muncul segala ajaib-ajaib ini, dan setiap kali kita memerhatikan kepada penciptaannya, kita akan sedar di sana ada penciptanya pula.

Adapun hal-ehwal para Nabi alaihimus-salam, apabila dalam suatu peristiwa, mereka itu telah dibohongi, didustai, dianiayai dan sebahagian pula dibunuh. Nanti di lain-lain tempat pula, kita dapati mereka itu akan menang juga akhirnya, disebabkan pertolongan Allah s.w.t. Dengan itu fahamlah kita, bahawa segala-gala itu adalah dengan kemahuan dan kehendak Allah azzawajalla dan Dia sentiasa akan memberikan pertolongan kepada kebenaran.

Adapun mengenai hal-ehwal kaum yang mendustakan para Nabi itu seperti kaum ‘Ad dan Tsamud, dan apa yang telah berlaku ke atas diri mereka itu, hendaklah dijadikan fahaman itu sebagai tanda perasaan takut terhadap balasan Allah dan seksaanNya, kemudian hendaklah kita mengambil contoh tauladan dari peristiwa itu bagi diri kita.

Keenam: Meninggalkan perkara-perkara yang boleh menyukarkan untuk memahami maksud-maksud al-Quran. Kebanyakkan orang terhalang dari memahami maksud-maksud al-Quran kerana beberapa sebab, atau tabir-tabir yang ditutup oleh syaitan ke atas hati mereka, sehinggakan butalah matahari itu dari memahami keajaiban-keajaiban rahsia al-Quran.

Salah satu dari tabir-tabir yang menghalang untuk memahami maksud al-Quran itu, ialah terlalu mengambil berat untuk menentukan setiap huruf itu keluar dari makhrajnya yang betul. Perkara serupa ini sering berlaku dan syaitan yang bertugas untuk mengacau orang-orang yang membaca al-Quran itu sering cuba mengelirukan si pembaca, agar ia terhalang dari memahami makna-makna Kalamullah azzawajalla. Syaitan itu akan terus menggoda si pembaca dengan membisikkan bahawa bacaannya tidak betul dan bunyinya tidak tepat menurut makhraj huruf-hurufnya lalu ia terus mengulangi bacaan itu beberapa kali dan ia masih sangsi terus, sama ada huruf-hurufnya benar-benar keluar dari makhrajnya atau tidak, sehingga seluruh perhatiannya hanya tertumpu kepada perkara ini saja. Orang yang dalam keadaan semacam ini, tentulah tiada dapat menyelam atau menyingkap makna-makna al-Quran dan tentulah syaitan akan mentertawakannya kerana ia amat patuh dan tunduk kepada godaan syaitan yang berjaya mengelirukannya.

Ketujuh: Mengkhususkan, yakni menunjukkan segala pertuturan al-Quran yang sedang dibacanya itu kepada dirinya sendiri, dan menganggap itulah yang dimaksudkan oleh firman-firman itu. Jadi apabila ditemui perkara diperintah atau larangan, dimaksudkanlah dirinya sendiri yang ditunjukkan perintah atau larangan itu. Begitu pula kiranya ditemui perkara janji atau ancaman, dianggapnyalah yang demikian itu tertuju kepadanya sendiri. Apabila ia mendengar cerita-cerita para Nabi dan orang-orang yang terdahulu, janganlah dianggapnya itu sebagai suatu cerita hiburan di waktu malam, malah yang dimaksudkannnya ialah mengambil contoh tauladan dari cerita-cerita tersebut dan menjadikannya sebagai pengajaran untuk mendidik dirinya. Tiada suatu cerita pun terdapat di dalam al-Quran, melainkan isinya mengandungi faedah yang patut di contohi oleh Nabi s.a.w. dan ummatnya.

Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman:

“Yang boleh menetapkan hatimu dengannya.” (Hud: 120)
Maka seseorang yang menatap cerita-cerita itu hendaklah membayangkan betapa Allah dapat menetapkan hatinya dengan cerita-cerita perihal para Nabi tadi, bagaimana Allah s.w.t. telah memberikan kesabaran untuk menghadapai segala penganiyaan yang ditimpakan ke atas mereka oleh ummatnya. Kemudian bagaimana pula mereka bersikap tegas dan tetap menunggu pertolongan Allah. Mengapa tidak! Sebab al-Quran itu bila diturunkan ke atas Rasulullah s.a.w bukanlah khas untuk Rasulullah s.a.w. semata-mata, bahkan ia diturunkan juga untuk ummatnya sebagai penawar,

Petunjuk, rahmat dan cahaya bagi seluruh alam semesta. Sebab itu juga Allah s.w.t. telah memerintahkan seluruh ummat manusia untuk mensyukuri kenikmatan diturunkan al-Quran itu.

Allah berfirman:

“Dan ingatlah nikmat Allah yang dikurnikan keatas kamu dan apa yang diturunkan ke atas kamu dari kitab (al-Quran) dan kebijaksanaan yang dengannya Allah mengajar kamu.” (al-Baqarah: 231)
Andaikata pertuturan di atas itu ditujukan kepada semua, maka ia juga ditujukan untuk orang perseorangan sebagai mana firmanNya lagi:

“Agar aku dapat mengingatkan kamu dengannya (al-Quran) dan orang-orang yang sampai kepadanya berita ini.” (al-Anam: 19)
Berkata Muhammad al-Qurazhi: Barangsiapa telah sampai kepadanya al-Quran, maka samalah seperti Allah telah berbicara dengannya Kalau dia telah benar-benar faham akan maksudnya tentulah bukan saja dia menjadikan bacaan al-Quran itu sebagai suatu amalan saja, malah dia akan membacanya laksana seorang hamba yang membaca surat tuannya. Lalu ia pun memerhatikannya secara terperinci akan melaksanakan segala arahan yang termaktub di dalam surat itu.

Oleh kerana itu setengah para ulama berkata: Al-Quran itu adalah seperti lembaran-lembaran surat yang sampai kepada kita dari hadhrat Allah azzawajalla, yang mengandungi berbagai-bagai janji yang harus kita patuhi dalam semua sembahyang kita, dan kita laksanakan pula di dalam segala ketaatan kita.

Kelapan: Meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hati dengan berbagai-bagai cara, menurut berbagai-bagai ayat yang dibacanya. Setiap ayat yang difahamkan akan menimbulkan semacam hal yang mana hati akan merasa berbagai-bagai perasaan; ada kalanya sedih, ada kalanya takut, ada kalanya mengharapkan dan sebagainya. Jadi apabila makrifat telah sempurna, tentulah perasaan takut akan mengelubungi hati dalam kebanyakan hal. Sebab seringkali ayat al-Quran itu terikat oleh sesuatu sebab yang tertentu. Misalnya bila disebutkan saja keampunan dan kerahmatan, tentulah ada syarat-syartanya yang bukan mudah bagi orang yang betul-betul tahu untuk mencapainya, sebagaimana firman Allah azzawajalla berikut:

“Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun….” (Taa haa: 82)
Sesudah sepotong ayat ini, diikuti pula dengan syarat-syaratnya; iaitu empat perkara, sebagaimana firman Allah dalam ayat yang sama iaitu:

“…… bagi sesiapa yang bertaubat, yang beriman yang membuat amalan saleh, kemudian ia mengikut petunjuk.” (Taa haa: 82)
Firman Allah yang lain:

“Demi masa asar, sesungguhnya manusia itu adalah di dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman lalu mengerjakan amalan saleh, mereka bertolonng-tolongan dalam kebenaran dan mereka bertolong-tolongan dalam kesabaran.” (Surah al-‘Asr 1-3)
Pada surah di atas tadi, disebutkan juga sebanyak empat syarat. Ada pula firman Allah yang menyebutkan satu syarat saja iaitu:

“Sesungguhnya rahmat Allah itu amat dekat dengan orang-orang yang membuat baik.” (al-A’raf: 56)
Dan sememangnyalah syarat keehsanan itu meliputi segala sesuatu.

Demikian keadaan al-Quran itu bagi orang yang membaca lembaran-lembarannya dari awal hingga ke akhiratnya. Orang yang telah memahami isi al-Quran sedemikian rupa, patut sekali merasa takut kepada Allah dan merasa hiba. Jika tidak maka tiada apa-apa faedah dari pembacaannya itu, selain dari gerakan lidah semata-mata, di samping itu dia akan menerima laknat Allah ke atas dirinya pula, sebagaimana firmanNya:

“Ingatlah bahawasanya laknat Allah itu ditimpakan ke atas orang-orang yang zalim.” (al-A’raf: 44)
FirmanNya lagi:

“Besar sekali dosanya di sisi Allah iaitu kalau kamu mengatakan sesuatu sedang kamu tiada melakukannya.” (ash-Shaf: 3)
FirmanNya lagi:

“Maka tinggalkanlah siapa-siapa yang telah menyeleweng dari mengingatkan Kami, dan mereka tiada menginginkan melalaikan kehidupan dunia.” (an-Najm: 29)
FirmanNya lagi:

“Dan barangsiapa tiada bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Hujurat: 11)
dan banyak lagi ayat yang lain yang menunjukkan bahawa tujuan dari membaca al-Quran itu ialah mengamalkan segala yang terkandung di dalamnya.

Adapun bacaan dengan setakat menggerakkan lidah semata-mata tidaklah memberi apa-apa kesan pada diri dan tidak ada gunanya. Yang dikatakan bacaan al-Quran yang sebenarnya ialah bila lidah, akal fikiran dan hati turut sama-sama mengambil peranan. Tugas lidah ialah membetulkan pengeluaran huruf-hurufnya melalui tartil, tugas, akal fikiran ialah mentafsirkan makna-makna al-Quran. Dan tugas hati pula ialah menerima nasihat-nasihat untuk mengesankannya di dalam diri dengan meninggalkan segala larangan dan menurut segala perintah. Tegasnya lidah mentartil, akal menterjemah dan hati mengambil peringatan.

http://us.geocities.com/bimbinganmukmin/8_kitab_adab_membaca_alQuran.htm

http://www.geocities.com/bimbinganmukmin/

http://us.geocities.com/bimbinganmukmin/senaraikandungan_penuh.htm



sumber:

CARA MERAWAT PENYAKIT LUPA

Penyakit lupa adalah salah satu fitrah manusia. Cuba keadaannya berbeza diantara satu sama lain. Saudina Adam Alaihissalam kalau tidak kerana lupanya akan perintah Allah supaya menjauhi pokok larangan nescaya tidak akan dilemparkan kedunia ini. Begitu juga Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku adalah manusia seperti kamu, aku lupa sepertimana kamu lupa. Apabila aku lupa maka peringatila aku". Manusia sendiri dalam bahasa arab dipanggil 'insan' dan pengertiannya didalam bahasa arab adalah 'lupa' sebab itulah Ibnu Abbas mengatakan "sesungguhnya manusia dipanggil insan kerana sifat lupanya sebab itu dikatakan bahawa sifat lupa adalah fitrah manusia. Imam Hasan Al-Basri berkata:"Kalaulah tidak kerana sifat lupa, nescaya kamu tidak ada dapati manusia berlalu lalang dijalanan". Ungkapan Hassan Al-Basri bermaksud, kalau tidak ada sifat lupa, nescaya semua berlumba-lumba melakukan ibadat kepada Allah sehinggakan tidak sempat langsung untuk urusan dunia, kerana mendapati perkara akhirat adalah segala-galanya.

Lupa adalah penyakit bagi ilmu, sebagaimana Imam Hassan Al-Basri berkata: "Kalaulah tidak kerana lupa nescaya banyak lah ilmu sesorang ". Antara penyebab kepada lupa adalah kemaksiatan yang dilakukan oleh sesorang. Perkara ini telah disebut oleh sahabat Ibnu Masu'ud RA: "Aku beranggapan bahawa sesorang itu melupai ilmu yang dipelajarinya disebabkan oleh dosa-dosa yang dilakukannya". Diriwayatkan daripada Imam Abu Hanifah RA apabila beliau buntu dengan satu-satu masalah beliau berkata kepada muridnya: " Ini adalah datangnya daripada dosa yang telah aku lakukan". Lalu beliau terus saja beristighfar dan bersembahyang solat taubat lalu telah dibuka kepadanya pintu penyelesaian lalu beliau berkata:" Kemungkinan aku telah diampunkan oleh Allah". Seorang lagi ulamak bernama Wakii' bin Al-Jarrah dikatakan bahawa beliau telah dianugerahkan dengan ingatan yang kuat lalu beliau ditanya, apakah ubat kuat ingatan? Lalu beliau menjawab:' Kamu menjauhi maksiat". Satu lagi kisah sebagai tauladan. Imam Syafie juga antara tanda keajaiban kerana hafalannya sehingga dikatakan ketika membaca kitab, beliau terpaksa menutup sebelah kitab dikhuatiri matanya akan terpandang pada yang sebelah lagi dan terhafal. Satu hari hafalannya agak tumpul, lalu beliau dapati ia adalah kesan daripada susu kambing yang memakan tanaman orang lain tanpa izin. Sebab itu kita perhatikan ulamak dulu cukup mengambil berat persoalan makan minum dan manjauhi maksiat.

Antara cara-cara lain untuk menguatkan ingatan adalah seperti berikut:-

1. Perbanyakkan bacaan Al-Quraan supaya hati kita bercahaya.
2. Biasakan diri kita menghafal Al-Quraan. Ini boleh menajamkan otak.
3. Terus beramal dengan ilmunya yang dipelajari. Biasanya ilmu yang diamalkan susah untuk dilupai.
4. Membiasakan diri dengan meminum madu lebah seperti yang dilakukan oleh Imam Az-Zuhri seorang tabi'iin.
5. Sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan ilmu dan dapat beramal dengan ilmu yang dipelajari.
Wallahuaklam

0 ulasan: