BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Renungkanlah,,

Cari Blog Ini

Rabu, 13 Mei 2009

First Day Foundation Class!!! :)

AssalamuAlaikum Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah.. sekali lagi ana dapat meluangkan masa untuk menulis blog... syukur hari ini kul 8.00 a.m -12.00p.m bermulalah kelas foundation pertama ana untuk short sem ini,, kelas kami bertempat di fakulti pendidikan tetapi kelasnya berada di GM16. dalam pukul 7.45 ana dan sahabat baik ana dan mengelarkan kami semua sutera putih,, mula berjalan kaki sehingga sampai ke tempat yang dituju, sepanjang perjalan pelbagai cerita dan andaian yang dibuat sebelum mengetahui sebenar keadaan dan situasi kelas yang bakal kami hadiri hari ini , dalam perjalan kami terserempak dengan pak cik gard (dalam bahasa kami) tapi bahasa standartnya ialah pegawal keselamatan UKM yang sedang menjalankan tugasnya untuk berada di posisi jalan menghala ke fakulti Pendidikan. Kebiasaannya, bisalah bila kami nampak sahaja pak cik gard kami mesti rasa takut. Bukan apa kebiasaannya kalau takut mesti ada yang buat salah, sebenarnya kami semua jarang memakai kad matrik sedangkan ia adalah satu kewajipan bagi kami pelajar UKM. Maklumlah, lama-kelamaan pemakaian kad matrik semakin tidak popular. Walaubagaimanapun untuk mengelak kami tidak punya jalan lain mesti meneruskan perjalan kami , kami semua tercari-cari dimana letaknya kad matrik kami, alhamdulillah ada, ana dan sahabat-sahabt mula memakainya di tudung masing-masing alangkah lucunya pada masa itu.. sahabat kami yang tidak memakainya, masing-masing menyorok dibelakang kawan yang membawa kad matrik. Pak cik gard tengok reaksi kami dan tersenyum dengan pelbagai kaletah pelajar UKM. Mungkin mereka dah masak dengan perangai dan sikap pelajar,, tapi jangan risau kami baik,,

Book Pictures, Images and Photos
mulakan dengan doa...

Semasa di dalam kelas, kami mula bersedia dan mengeluarkan buku dan kertas masing-masing untuk memulakan sesi pembelajaran yang akan diajar oleh pensyarah kami. Kebiasaannya pada hari permulaan mestilah ada sesi perkenalan dan taklimat berkaitan dengan apa yang akan dipelajari dan aktiviti yang akan dilaksanakan. Setelah habis pensyarah kami memberikan taklimat. Tibalah sesi persolan... yang lucunya kami mesti speaking in English what ever the question... soalan first yang disoaloleh pelajar lelaki kelas kami ialah what your name madam? betul juga soalan yang ditanye.. sebab kami semua belum mengetahui namanya,,, madam mula menulis namanya di white bord dengan penuh teliti dan kami mula membacanya dan mengetahui.. emm,, PN NOR HUDA BINTI MD ANUAR. Puan ok juga orangnya,, peramah, dan baik, dalam kul 10.30 kami diberi masa rehat, kemudian menyambungnya semula,, kali ini kami diberi latihan berbentuk menyusun bentuk soalan dan membuat soalan berkaitan dengan jawapan yang diberikan. Alhamdulillah pengajaran hari ini berjalan dengan baik,, aktiviti yang perlu sentiasa di updatekan ialah blog kami nanti, seterusnya kami diwajibkan untuk membaca novel dalam english seterusnya membuat essay dan drama..

Book Pictures, Images and Photos
semangat..

book Pictures, Images and Photos
mungkin begini bentuknya buku-buku yang bakal di cari di PTSL... WE MUST READ OPEN UP OUR MIND..LET GET READ IT...

book Pictures, Images and Photos

beginilah jadinya kami nanti... keep reading..

Keesokan harinya, puan kata nak suruh kami buat essay bertajuk MY FAMILY AND I. Sungguh menarik juga titlenya.. Insya Allah.. yang penting cari isi penting dan mula latihan,, nampaknya,, dalam blog nanti bermulalah ana menulisnya dalam english writing... ok.. last but not least must do the revision to have some knowledge and much point to write my essay tomorrow.. hehehe

study Pictures, Images and Photos

Akhir kalam,, semoga ana dan sahabat ana semua berjaya melaksanakan tugas yang bakal dilaksanakn,, amien..

0 ulasan: