BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Renungkanlah,,

Cari Blog Ini

Khamis, 24 Disember 2009

~Iman adalah mutiara Ukhwah~

bismillah Pictures, Images and Photos


Assalamualaikum,,,



Dalam mencari pelbagai info dan maklumat di samping melawat blog2 yang semakin membanjiri alam siber ini,,, tiba-tiba teringat pula pasal Maal Hijrah,, maklumlah,, sekarang kan kita berada dibulan yang dimuliakan oleh Allah. Dan masuk awal muharram1431H.. begitu cepat masa berlalu..teringat pula akan firman Allah dalam surah Muhammad:

36. (ingatlah) Bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang Yang lebih baik daripadanya).


Benar… dunia ibarat permainan… semua yang terjadi dan apa yang kita lakukan seharian adalah untuk akhirat… cuba kita Tanya diri kita bagaimana caranya kita menyeimbangkan di antara dunia dan akhirat??? sudah tentu pelbagai jawapan yang dikeluarkan ada yang meletakkan 50/50, 70/30, 90/10.. wah2 hebat perancangan kita ya,,,, seharusnya kita perlu meletakkan 100% dunia dan 100% akhirat. Ini kerana dalam setiap apa yang berlaku di dunia akan dinilai di akhirat kelak,, jadi mengapa perlu dibahagi2kan sehingga pelbagai jawapan yang cuba diungkapkan,, percayalah firman Allah surahAl-Hasys:18


18. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.

Seterusnya,,, cuba kita tanyer diri kita adakah kita sentiasa mengkoreksi diri atau bermuhasabah diri.. jika benar. Tahniah jika tidak bagaimana ya… hari yang berlalu-terus berlalu,,, meninggalkan kita kini bulan tahun baru Hijrah 1431H kita berjumpa pula,,, bagi ana sebagai mahaswsi sem baru mula menjelma.. kitab amal kita bagaimanakah agaknya,, malaikat Mungkar dan Nangkil sentiasa melaksanakan tugasnya manakala malaikat Izrail pula menunggu amanah dan masa menarik nyawa2 yang disayanggi Allah.. bagaimana timbanganku untuk meniti di titian Sirat.. tidak dapat ku bayangkan…

Astagfirullah halazim…3x…Ya Allah ampunilah dosa hambamu ini,,, doaku tidak putus2 mengharap keredhan Mu.. permudahkanlah,, ana istiqamah dalam melaksanakan amal-ibadah ku..kau tunjukilah,, jalan yang benar,,, amar –makruf nahi munkgkar Ya Allah,,, hiasilah diri hambamu ini dengan sifat mahmudah,, jauhilah hati ana dari sifat mazmumah,,,,

Tema tahun baru maal Hijrah 1431 H kali ini ialah Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Ummah

Ana teringgat tazkirah ringkas yang disampaikan oleh seorang Ahkawat semalam,,, kenapa hijrah dikaitkan dengan Ukhuwah.. kalau kita bace dan ingat semula atau teringat lagu nasyid yang sentiasa di alunkan setiap kali maal Hijrah mungkin kita tahu ape jawapanya,,, dah dapat ke??? Di sini ana lampirkan lagu itu… sebagai mengingati sejarah penghijrahan nabi..

Satu muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota mekah ke kota madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu, mari semua
kita sambut maal hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam
untuk sepanjang zaman



Ukhuwah yang dapat dikaitkan di sini ialah keimanan kaum Muhajirin dan Ansar bersatu dalam menegakkan syiar Islam,, dengan melafazkan satu kalimah Lailahaillah Muhammad Rasulullah… ukhuwah dapat melaksanakan dakwah.. ukhwah sangat indah.. mungkin bagi kita yang mempunyai sahabat-sahabat sekarang mungkin sangat gembira… tetapi alangkah baiknya mempunyai sahabat- sahabat yang saling ingat mengingati dan tolong menolong dengan sabar dan ikhlas,,ana ada membaca tafsiran dr surahAl-Hasyr


9. dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya.

SELAIN ITU.. TERDAPAT JUGA DALIL DAN HADITH YANG BERKAITAN DENGAN UKHWAHFILLAH,,, HAYATILAH DAN FAHAMILAH,,,,

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara" (al-Hujurat [49]: 10)

“Tidaklah (sempurna) iman seseorang sehingga ia mencintai saudaranya itu seperti ia mencintai dirinya sendiri” [HR Bukhari &muslim]

Allah Berfirman:
“Hai, manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” [QS Al Hujurat:ayat 13]

“Demi Masa!, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan berpesan-pesan (berdakwah) supaya mentaati kebenaran dan berpesan-pesan (berdakwah) untuk kesabaran”[QS Al Ashr, ayat 1-3]

Rasulullah Bersabda:
“Setiap mukmin yang satu bagi mukmin lainnya bagaikan suatu bangunan, satu diantara lainnya saling memperkukuhkan”

Rasulullah bersabda:
“Perumpamaan kaum muslimin dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan saling mengasihi itu adalah bagaikan satu tubuh. Jika salah satu bahagian tubuh merasakan sakit maka seluruh bahagian lainnya juga merasakan sakit sehingga tidak dapat tidur dan demam (kerananya)”[HR Bukhari]

Rasulullah pernah bersabda:
“Ada seseorang berada disamping Rasulullah lalu salah seorang sahabat berlalu (didepannya). Orang yang disamping Rasulullah tadi berkata: “Aku mencintai dia,ya Rasulullah”. Lalu Rasulullah menjawab:”Apakah kamu telah memberitahukan kepadanya?”. Orang itu menjawab: “Belum”. Kemudian Rasulullah bersabda lagi,”Beritahukan kepadanya”. Lalu orang tersebut memberitahukan kepadanya seraya berkata:”Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah”. Kemudian orang yang dicintai itu menjawab: “Semoga Allah mencintaimu kerana engkau mencintaiku kerana-Nya”[HR Anas bin Malik]




Marilah kita sama-sama menyemaikan dan menghargai nilai rasa uhkwah kita selama bersaudara,,moga -moga kita seniasa istiqamah di Jalannya,,Alhamdulillah dan insya Allah,, sedikit perkongsian yang dapat ana berikan,,, sekadar senipis kulit bawah... mungkin ana akan cuba memberikan pelbagai info yang sebaik2nya,,

0 ulasan: