BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Renungkanlah,,

Cari Blog Ini

Isnin, 21 Disember 2009

~Kaum-kaum yang dibinasakan~

Assaamualaikum,, kali ini kita berbicara berkaitan dengan kaum-kaum yang telah mengingkari arahanNya. taukah anda apakah tentera Allah????/ jawapanya.... air, angin dan tanah..


Firman Allah surah al-Qaff ayat 12-14:”sebelum mereka , kaum Nuh penduduka Rass dan Thasmud telah mendustakan (rasul-rasul). Dan (demikian juga kaumA’ad, kaum Luth dan juga) penduduk Ikah serta kaum Tubba’. Semuanya telah mendustakan

rasul-rasul, maka berlakulah ancaman-ku (atas mereka)


1) Kaum Nabi Nuh:

Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya selama lebih 950 tahun, namun yang beriman hanya 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolokkana baginda. Allah datangkan banjir besar menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh sendiri.

2) Kaum Nuh Hud

Nabu Hud a.s diutus kepada kaum A’ad. Mereka mendustakan kenabian Hud. Allah datangkan angin taufan yang dahsyat dan ribut kencang disertai bunyi gemuruh yang menggerunkan hingga seluruh kaum A’ad.

3) Kaum Tsamud

Pakar reka bentuk rumah daripada bukut-buki batu.

Curang dalam perniagaan.

Nabi Saleh a.s nabi dan rasul diutuskan kepada kaum Thamud. Baginda telah diberikan mukjizat iaitu seekor unta betina yang keluar dari celah batu, bagi menunjukkan kebesaran Allah s.w.t kepada kaumnya. Malangnya kaum Thamud terus engkar , malah mereka membunuh unta betina tersebut. Azab yang amat dahsyat menimpa, iaitu dengan satu tempikan daripada Malaikat Jibril yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.

4) Kaum Sadum

Kaum Sadum terkenal dengan amalan keji yakni perbuatan homeseksual. Nasihat dan dakwah Nabi Lut yang diutuskan kepda mereka tidak diendahkan, malah mereka cuba menggoda 2 orang malaikat yang menyamar sebagai manusia yang menjadi tetamu Nabi Lut. Dengan bermula suatu getaran, kemudian gempa bumi yang kuat dan disertai angin yang kencang dan hujan batu salji, menghancurkan serta –merta kota Sadum beserta semua penghuninya.

5) Kaum Madyan

Nabi Syuaib diutus kepada kaum Madyan. Mereka menyembah “Aikah” yakni sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Kemungkaran kaum Madyan dan tipu menipu merupakan perbuatan dan perilaku lumrah dan runtin . Para pedagang dan petani selalu menjadi korban, sehingga yang kaya makin kaya , yang miskin semakin melarat hidupnya.

Nabi Syuaib berusaha menyeru kaunnya, namun mereka engkar, diturunkan Allah ke atas mereka hawa udara yang sangat panas hingga dahaga yang amat dan kepanasan membakar kulit. Kemudian muncul gumpalan awan hitam yang tebal dijatuhkan ke atas mereka diiringi petir dan gemuruh ledakan dahsyat, sementara bumi bergoyang dengan kuatnya menjadikan mereka mati bertimbunan.

6) Firaun dan Bani Israil

Kaum Bani Israil sering ditindas, maka Nabi Musa dan dibantu oleh Nabi Harun diutuskan untuk memimpin dan membebaskan mereka daripada kekejaman Firaun. Firaun bukan sahaja kufur dan angkuh, malah mengaku dirinya Tuhan. Nabi Musa bersama orang berimana diarahkan Allah melarikan diri, merentasi Laut Merah yang terbelah, Firaun dan tenteranya yang mengejar mereka ditenggelamkan oleh laut yang bertingkap.

7) Ashabul Sabtu

Segolongan dari kaum bani Israil yang fasik di Kota Eliah. Mereka telah melanggar larangan Allah s.w.t supaya tidak menangkap ikan hari satu, kerana ia khusus untuk beribadat. Allah menguji mereka dengan mendatangkan ikan yang banyak pada hari tersebut, lantas tanpa menghiraukan larangan Allah, mereka telah melakukan helah untuk menangkap ikan-ikan tersebut. Lalu Allah Taala melaknat mereka menjadi kera yang hina.

8) Ashabul Rass

Rass adalah nama bagi telaga yang dikering airnya dinamakan kepada suatu kaum iaitu kaum Rass. Mereka adalah penduduk salah sebuah kampong yang terletak di daerah Thamud. Diutus seorang nabi yang bernama Hanzalah bin Sofuan namun mereka mendustakannya, malah hingga membunuh nya dan dicampak ke dalam telaga. Allah s.w.t telah binasakan penduduk kampong ini dengan kemarau yang dahsyat, sehingga kaum ini lenyap dari muka bumi.

9) Kaum Tubba’

Tubbai’ adalah seorang yang berbangsa Himyar. Dia merupakan salah seorang Raja Himyar yang beriman tetapi kaumnya tetap kafir sehingga melampau batas, maka Alah s.w.t binasakan mereka. Selepas peristiwa itu, lafaz Tubba’ menjadukan gelaran kepada raja –raja Yaman.

Sumber: Solusi isu 3.

0 ulasan: